Skip to main content

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / IR 4.0 : PERSEDIAAN MALAYSIA UNTUK PEKERJAAN MASA DEPAN

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah melancarkan platform memprofil modal insan dan rangka kerja tindakan untuk pekerjaan masa depan. Dua inisiatif baharu sebagai respons kepada cabaran dan peluang daripada Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) terhadap struktur pekerjaan, lokasi dan tenaga kerja. Modal insan merupakan elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi dan perniagaan, daya saing, serta inovasi. Permintaan persekitaran global kini semakin berubah-ubah dan bagi memastikan kemakmuran berterusan di Malaysia memerlukan pendekatan baharu dalam memanfaatkan semua sumber tenaga kerja dan ke arah menjamin masa depan modal insan.

Inisiatif pertama iaitu Nurturing Expert Talent (NEXT), merupakan platform analisis modal insan peringkat nasional yang mampu memperoleh dan menganalisis data berkaitan kualiti dan keupayaan tenaga kerja Malaysia bagi memenuhi permintaan pasaran yang pesat berkembang. NEXT berperanan sebagai penghubung utama antara pendidikan, majikan, dan kebolehpasaran, serta menawarkan maklum balas dalam membantu modal insan mengenal pasti kekuatan, minat dan pilihan kerjaya yang paling bersesuaian dengan set kemahiran mereka.

Inisiatif kedua merupakan laporan yang menggariskan lima syor utama bagi membolehkan tenaga kerja Malaysia bersedia untuk menghadapi masa depan. Laporan Visioning Malaysia’s Future of Work: A Framework for Action mencadangkan pewujudan ekosistem modal insan yang mantap; meningkatkan kemahiran dan keupayaan tenaga kerja; pembaharuan dasar tenaga kerja dan modal insan; menggunakan data untuk meningkatkan penyelarasan dasar modal insan; dan membangunkan Pelan Tindakan Pekerjaan Masa Depan Kebangsaan.

Mengenal pasti impak Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) yang mengubah bentuk pekerjaan di seluruh sektor, geografi dan semua peringkat organisasi, laporan Visioning Malaysia’s Future of Work: A Framework for Action dan NEXT direka bentuk dengan mengambil kira kesan pekerjaan masa depan terhadap tenaga kerja Malaysia. Ianya juga berfungsi untuk menyeru semua pihak berkepentingan yang berkaitan dalam memastikan agar golongan pekerja generasi akan datang bersedia untuk masa depan. Walaupun Industry 4.0 menyaksikan lebih banyak pekerja digantikan oleh automasi, robot dan kecerdasan buatan, ianya juga berpotensi untuk mewujudkan pekerjaan baharu, meningkatkan tahap pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup.


Untuk berkembang maju, kita perlu menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, satu elemen penting yang akan menyokong keupayaan kita untuk berkembang maju bersama dengan masa depan pekerjaan. Demi mencapai matlamat pembangunan ekonomi negara, keupayaan tenaga kerja untuk menyesuaikan diri dan memenuhi permintaan yang meningkat terhadap kebolehan mahir yang berkualiti adalah amat penting.




Nota : Penulisan ini adalah sebahagian daripada pembacaan. Sekiranya ia dirujuk, sebarang penambahbaikan, cadangan dan pandangan  bolehlah emel kepada mohdfairuz.mohdyusof@gmail.com

Comments

  1. Semoga sektor pendidikan meningkat cemerlang setiap masa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / INDUSTRI 4.0 / IR 4.0 Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof Penolong Pengarah Pusat Bank Data Negara dan Inovasi ICU JPM PENGENALAN Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia. SEJARAH Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975), adalah satu fenomena yan...

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat : Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11)

Rancangan Malaysia Kesebelas Dan Revolusi Perindustrian Keempat  Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) merujuk kepada perkembangan pesat revolusi digital yang merentas ruang siber, fizikal dan biologi merangkumi spektrum sektor ekonomi yang luas dan semua lapisan masyarakat. Antara teknologi trend mega yang menyokong 4IR termasuk pengkomputeran tahap tinggi serta peningkatan robotik termaju, kecerdasan buatan, internet benda (IoT), blockchain dan pencetakan 3D. Konsep 4IR berasal daripada Industrie 4.0 di Jerman. Industrie 4.0 merujuk kepada sistem pengeluaran pintar dalam sektor pembuatan. Dalam konteks Malaysia, istilah Industri 4.0 merujuk kepada maksud yang sama dan merupakan sebahagian daripada rangka kerja 4IR yang lebih besar. Antara beberapa aplikasi teknologi 4IR yang boleh digunakan dalam pelbagai sektor dan subsektor adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah.  Kemajuan pesat dalam ekonomi digital dan penumpuan teknologi termasuk teknologi disruptif...

ZON PERDAGANGAN BEBAS DIGITAL / MALAYSIA DIGITAL FREE TRADE ZONE (DFTZ)

ZON PERDAGANGAN BEBAS DIGITAL / MALAYSIA DIGITAL FREE TRADE ZONE (DFTZ) Zon Perdagangan Bebas Digital ( DFTZ) merupakan suatu inisiatif untuk memanfaatkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi Internet dan aktiviti e-dagang merentas sempadan. DFTZ merupakan platform untuk memudahkan perdagangan melangkaui sempadan dengan lancar dan membolehkan perniagaan tempatan mengeksport barangan mereka dengan menjadikan e-dagang sebagai keutamaan. Pada 3 November 2017, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama dengan Jack Ma, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba merasmikan Zon Dagangan Digital Bebas (DFTZ) yang bakal menyediakan zon fizikal dan digital untuk untuk memudahkan PKS memanfaatkan penumpuan pertumbuhan eksponen ekonomi internet dan aktiviti e-perdagangan merentas sempadan. LOKASI DFTZ DFTZ akan menggabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan digital dan perkhidmatan dalam talian tambahan bagi memudahkan inovasi berasaskan...