Skip to main content

Posts

Showing posts with the label TalentCorp

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / IR 4.0 : PERSEDIAAN MALAYSIA UNTUK PEKERJAAN MASA DEPAN

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah melancarkan platform memprofil modal insan dan rangka kerja tindakan untuk pekerjaan masa depan. Dua inisiatif baharu sebagai respons kepada cabaran dan peluang daripada Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) terhadap struktur pekerjaan, lokasi dan tenaga kerja. Modal insan merupakan elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi dan perniagaan, daya saing, serta inovasi. Permintaan persekitaran global kini semakin berubah-ubah dan bagi memastikan kemakmuran berterusan di Malaysia memerlukan pendekatan baharu dalam memanfaatkan semua sumber tenaga kerja dan ke arah menjamin masa depan modal insan. Inisiatif pertama iaitu Nurturing Expert Talent (NEXT), merupakan platform analisis modal insan peringkat nasional yang mampu memperoleh dan menganalisis data berkaitan kualiti dan keupayaan tenaga kerja Malaysia bagi memenuhi permintaan pasaran yang pesat berkembang. NEXT berperanan sebagai penghubung utama antara pendidikan, majikan, dan...