REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / INDUSTRI 4.0 / IR 4.0
Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof
Penolong Pengarah
Pusat Bank Data Negara dan Inovasi
ICU JPM
PENGENALAN
Pada
tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan
semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling
berinteraksi antara satu sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang
berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki
kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana
data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali
sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian
Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang
menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia.
SEJARAH
Revolusi
Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee
(1889-1975), adalah satu fenomena yang dianggap lazim dalam masyarakat moden.
Sejarah revolusi bermula pada 1800 (1760-1830), Industri 1.0 adalah mengenai
kuasa wap untuk digunakan dalam kilang-kilang. Ia bergantung lebih kepada
kegunaan air ataupun wap yang berupaya menggerakkan jentera berasaskan kuasa
wap untuk kerja-kerja yang tidak terdaya oleh kudrat manusia. Maka
terciptalah steam engine yang turut membawa perubahan besar kepada
sistem pengangkutan selain jentera-jentera lain yang berupaya pula meningkatkan
aktiviti perindustrian.
Manakala
Industri 2.0 pada tahun 1900 (sekitar 1870-1914) pula menggunakan kuasa
elektrik. Perkembangan teknologi yang melibatkan kuasa eletrik jelas membawa
satu lagi lonjakan status hidup masyarakat melalui pengilangan besar-besaran
sepertimana pada hari ini. Revolusi Industri 3.0 pada tahun 2000
menggunakan komputer dan teknologi maklumat. Di peringkat akhir revolusi
ketiga timbul pula teknologi automasi, yakni satu keupayaan teknologi yang
tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Mesin dan jentera boleh
bergerak serta bekerja dengan sendiri apabila ia dimuatkan dengan program
komputer tertentu bagi melakukan sesuatu aktiviti terancang.
Pada
tahun 2016 bermula Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) adalah
kesinambungan versi ketiga dalam peningkatan automasi beserta rangkaian
Internet dan proses-proses fizikal lain dan muncul pula satu sistem berbentuk
siber-fizikal. Industri 4.0 iaitu tentang penemuan pelbagai teknologi baharu
yang antara lain menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi,
integrasi sistem, penggunaan robotic, cloud, Internet of Things (IoT), dan
perkara yang seumpamanya. Ia melibatkan teknologi automasi memberi cabaran
baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan
perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing dan
merancakkan kemajuan landskap dunia moden.
Revolusi
ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu
sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi. Dengan kata lain,
teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu
melibatkan manusia secara langsung. Industri 4.0 juga dapat mengatasi masalah
kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa
depan dunia pekerjaan.
Revolusi
Perindustrian Keempat (Industri 4.0) ini berlaku melalui tiga ciri utama
iaitu velocity atau kelajuan, breadth and depth atau
keluasan dan kedalaman serta systems impact atau impak menyeluruh.
Ini menyebabkan dunia pada masa hadaapan akan dipenuhi dengan fenomena-fenomena
baharu seperti seperti autonomous car, quantum computing dan artificial
intelligence.
Klaus
Schwab, menerusi bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Industri
4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup. Perubahan ini dipacu tiga domain
teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan
tonggak Industri 4.0 yang merangkumi simulasi dan realiti maya, integrasi
sistem menegak dan melintang, industri Internet of Things (IoT),
keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian
bekalan, analisis data raya dan robot automasi.
RANGKA KERJA STRATEGIK
Rangka
kerja strategik yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi menghadapi gelombang
Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) memandangkan ianya akan
menambahkan jumlah pendapatan negara kepada RM2 trilion dalam tempoh 7 hingga 8
tahun akan datang. Industri 4.0 yang didorong oleh revolusi digital atau
internet melalui aplikasi sistem siber fizikal yang bukan hanya tertumpu pada
sektor pembuatan malah akan turut melibatkan sektor perkhidmatan. Revolusi ini
merupakan kesinambungan daripada revolusi perindustrian ketiga yang berteraskan
sistem elektronik dan teknologi maklumat. Trend revolusi keempat bermula
daripada negara-negara perindustrian maju dan berteknologi tinggi seperti
Jerman dan Amerika Syarikat yang kini berkembang kepada negara-negara seperti
China, Korea Selatan dan Singapura.
Pemangkin
Industri 4.0 bagi sektor pembuatan secara amnya adalah berteraskan kemajuan
dalam bidang autonomous robots, big data, augmented reality, cloud
computing, internet of things, percetakan 3D, keselamatan siber, simulasi
dan integrasi sistem digital. Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung
pada perdagangan perlu meningkatkan rantaian nilai untuk menjadi pangkalan
perkilangan berkualiti tinggi menerusi penggunaan teknologi agar negara lebih
berdaya saing di peringkat serantau dan global. Industri 4.0 mendorong syarikat
untuk menggunakan automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang
mewujudkan kilang pintar di mana mesin disambungkan dengan internet dan kepada
sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantaian pengeluaran.
INISIATIF BERHUBUNG INDUSTRI 4.0
Kerajaan
telah mengadakan beberapa inisiatif berhubung Industri 4.0 termasuk :
Pertama : mengisytiharkan tahun 2017 sebagai tahun ekonomi
internet Malaysia. Sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencecah
17.8% pada 2015 dah hampir merealisasikan sasaran 18.2% yang ditetapkan untuk
tahun 2020. Sebanyak RM162 juta telah diperuntukkan di dalam Bajet 2017 bagi
berbagai program seperti eko sistem e-dagang, digital maker movement serta
pengenalan kategori lokasi baharu sebagai hub digital Malaysia.
Kedua : penubuhan digital free trade zone yang pertama di
dunia yang diterajui oleh MDEC yang menggabungkan zon fizikal dan maya dengan
penambahan perkhidmatan online dan digital bagi memudahkan e-dagang
antarabangsa dan merangsang inovasi berteraskan internet. Digital free trade
zone ini dilancarkan hari Rabu, 22 Mac 2017 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
bersama kehadiran Jack Ma dari Ali Baba.com.
Ketiga : merangkan pelan hala tuju strategik kebangsaan
tentang internet of things yang diterajui oleh MIMOS. Pelan ini
diunjur menjana sejumlah RM9.5 bilion kepada pendapatan negara kasar menjelang
2020 serta menyediakan 14,270 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Melalui
pelbagai aktiviti promosi yang dijalankan oleh MITI, lebih banyak syarikat
pengeluar peralatan bagi penggunaan internet dan sensor dijangka melabur di
negara ini untuk mewujudkan ekosistem serba kondusif bagi industri IOT.
PROGRAM OUT REACH
Kementerian
Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dan agensi juga telah mengadakan
program out reach kepada pihak-pihak yang berkepentingan di dalam
Industri 4.0. Antaranya:
•
Persidangan
pembangunan dan peluang rantaian bekalan antara syarikat multinasional dan
pengusaha kecil dan sederhana pada 15 Disember 2016.
•
Seminar
pengeluaran pintar dan teknologi automasi pada 12 Januari 2017 oleh MIDA.
•
Seminar
berhubung peluang perniagaan dan pengeluaran pintar pada 21 Februari 2017 juga
oleh MIDA
•
Bekerjasama
dengan institusi pendidikan dan teknikal serta industri bagi pembangunan bakat
dan bidang teknologi baru, digital dan kejuruteraan bagi menyediakan graduan
tersedia untuk pasaran kerja dalam pengeluaran pintar. Sebagai contoh Malaysia
memerlukan 2 ribu saintis data, data scientist menjelang 2020 ; dan
•
Memberi tumpuan
kepada PKS bagi menerima pakai proses pengeluaran pintar. Ianya penting untuk
membangunkan PKS yang berdaya tahan dan mampan ke arah mencapai pertumbuhan inklusif
dan seimbang.
MITI
dalam merangka polisi nasional dan pelan tindakan menyeluruh bagi Industri 4.0 dengan
kerjasama kementerian dan agensi yang berkaitan bagi memanfaatkan sumber sedia
ada. Polisi nasional berkenaan dijangka akan diumumkan pada akhir tahun 2017
dan diharapkan ia menjadi salah satu pemangkin untuk memastikan jumlah
pendapatan negara mencapai RM2 trilion dalam tempoh 7 hingga 8 tahun akan
datang.
Kita
harus bertindak dengan cara komprehensif, melibatkan semua pihak seluruh dunia,
dari sektor awam dan swasta kepada akademik serta masyarakat keseluruhannya.
Pada Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) ini, ramai pakar melihat
tugas hakiki manusia akan digantikan oleh tenaga robotik, jutaan manusia hilang
kerja terutamanya di sektor pengilangan. Justeru itu, semua pihak perlu
bersedia dengan reskill supaya pekerja-pekerja ini terus memberi
sumbangan. Berdasarkan sejarah, Malaysia dan negara-negara Asean sebelum ini
bersandarkan kepada pekerja berkemahiran rendah dan murah sebagai tarikan
pasaran mereka. Menyebabkan Asean terdedah kepada pengangguran jika segalanya
bertukar kepada automatik pada revolusi perindustrian keempat.
UPGRADING AND UP
SKILLING TENAGA-TENAGA KERJA
Program-program
yang dirancangkan untuk meningkatkan lagi atau upgrading and up
skilling tenaga-tenaga kerja sekarang dalam jangka pendek ini.
Langkah-langkah dari segi penyediaan graduan untuk ke arah menyediakan tengaa
kerja dalam masa jangka pendek. Usaha-usaha yang dilaksanakan secara blue
ocean dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pendidikan
juga Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan berlaku penyelarasan terhadap
keperluan ini. Antaranya melahirkan data scientist agar kita akan
ketinggalan dari segi Industri 4.0 ini.
PRESTASI KEJAYAAN
Prestasi
ini boleh diukur dengan kejayaan-kejayaan yang wujud dalam negara kita.
Pelaburan pihak-pihak syarikat di luar menganggap Malaysia sebagai salah satu
pusat, ada angka dan kajian mengatakan yang terbaik dalam dunia dari segi
pelaburan. Malaysia menyediakan segala prasarana yang mencukupi, prasarana
moden yang mencukupi dari segi sistem jalan raya dan juga misalnya national
broadband penetration rate yang dikeluarkan data oleh KKMM pada Jun 2016
ialah 77.3%. Ini juga menunjukkan bagaimana prestasi persiapan kita untuk
menghadapi Industri 4.0.
Untuk
memudahkan memahami apakah maksud Industri 4.0 ini. Dalam bahasa yang mudah ia
dipanggil sebagai smart factory atau kilang pintar. Bagi mewujudkan
kilang pintar, kita perlu ada bangunan pintar, kita perlu ada logistik pintar,
kita perlu ada pejabat pintar dan tentunya kita perlu ada modal insan yang
pintar untuk ke arah itu.
KILANG PINTAR (SMART FACTORY)
Kilang-kilang
boleh menjadi lebih pintar menerusi aplikasi alat yang digunakan bagi inisiatif
Industri 4.0 dan Internet of Things (IOT). Kilang-kilang pintar akan
meningkatkan produktiviti kakitangan, menambahbaik pengurusan tenaga,
menganalisa prediktif penyelenggaraan, melaksanakan semakan inventori, mengkaji
untuk meminimakan masa ketergendalaan dan melaksanakan integrated remote
operation. Fenomena IOT ini merupakan gelombang internet seterusnya yang
berpotensi untuk memberi kesan positif kepada hampir setiap industri daripada
pertanian kepada penjagaan kesihatan, serta melibatkan komuniti perniagaan dan
masyarakat umum.
Kilang-kilang
pintar akan menjadi lebih responsive terhadap permintaan pengguna dan
beroperasi dalam keadaan yang lebih kos berkesan dengan memanfaatkan pemusatan
teknologi seperti big data analysis, cloud solutions, embedded system, mobiliti
dan kesalinghubungan rangkaian. Sedang industri mencapai kemajuan dalam
membangunkan dan memanfaatkan perkilangan pintar, beberapa cabaran yang
melibatkan peraturan/pematuhan, kesediaan infrastruktur dan keperluan
keselamatan siber perlu ditangani untuk memudahkan pemerolehan kompetensi,
kapasiti dan peluang pasaran baharu di kalangan pemain industri di Malaysia
agar kadar pertumbuhan yang lebih tinggi dalam IOT dapat dicapai.
MENUJU TN50
Menjengah
masa depan, ke arah Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital Menuju
TN50, dunia kini berada dalam transisi, yang bakal menyaksikan massive
structural change dan membawa bersamanya teknologi yang bersifat disruptif dan breakthrough;
Daripada robotik dan artificial intelligence kepada teknologi nano;
daripada the Internet of Things kepada analitik kesihatan, yang
membawa satu quantum leap kepada kehidupan kita. Ketika itu, negara
bakal menikmati kebestarian kehidupan, merangkumi pelbagai bidang seperti smart
energy, smart mobility, smart healthcare, smart infrastructure, smart
governance and smart citizens.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50)
akan menyediakan rakyat untuk berhadapan dengan Revolusi Perindustrian Keempat. Beliau
berkata Revolusi Perindustrian Keempat telah menggugat model lama perniagaan,
terutama dalam kalangan masyarakat yang berurusan tanpa wang dan tanpa kad. Sambil
memberikan contoh di China, beliau berkata seseorang itu boleh menggunakan
telefon pintar untuk membeli apa sahaja dengan lebih mudah dan selesa sama ada
di bazar atau secara dalam talian seperti Amazon. Beliau menggambarkan
inilah gaya hidup yang akan diamalkan di Malaysia pada masa depan. Inilah
perubahan yang akan menimbulkan gangguan yang kita harus pastikan rakyat
bersedia menghadapinya.
PERKHIDMATAN AWAM
PERKHIDMATAN AWAM
Kesemuanya
ini menuntut keupayaan perkhidmatan awam dalam memberi respon segera kepada
pelbagai teknologi yang mengkacauganggu, atau bersifat disruptif ini
dan bersedia dengan pendekatan yang lebih segar lagi multi-dimensional serta
kombinasi top-down dan bottom-up, inside-out serta outside-in,
khususnya dalam penggubalan dasar, regulasi baharu yang merangkumi hak dan
privasi pelanggan, keselamatan, pendidikan, ekonomi serta teknologi pintar.
SISTEM PENDIDIKAN TINGGI
Mendepani
cabaran Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat, pelajar di universiti
mesti keluar daripada kebiasaan. Forum Ekonomi Dunia (WEF) menggariskan
pentingnya penguasaan elemen 4C iaitu Critical Thinking & Problem
Solving, Communication, Collaboration dan Creativity pada semua
peringkat pengajian, termasuk di menara gading. Jika di sekolah Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menjadi nadi, pelajar di universiti hendaklah
berkemahiran 4C mesti diasah setiap penjuru kehidupan, di kolej kediaman, dewan
kuliah, merentasi aktiviti kesukarelawanan dan keusahawanan dan juga di padang
sukan.
Sebagai
persiapan menghadapi cabaran Industri 4.0, pelajar di universiti perlu
mempertimbangkan tindakan berikut.
· Tajamkan
kemahiran penyelesaian masalah kompleks
Sembilan
teras Industri 4.0 boleh dirumuskan dengan satu perkataan, iaitu kompleks.
Apakah itu masalah yang kompleks? Masalah yang kompleks diukur menerusi
kelebaran julat konflik yang terlibat, kedalaman analisis dan pengetahuan
diperlukan, keterlibatan isu yang unik, keperluan mematuhi piawaian ditetapkan,
kehendak pengguna dan pemegang taruh pelbagai, impak penyelesaian terhadap
pelbagai aspek seperti ekonomi, persekitaran, sosial, politik, etika, kesihatan
dan kelestarian. Justeru itu, jelaslah siswa tidak lagi terikat dengan bidang
pengajian dan peperiksaan semata-mata. Kebolehlenturan kognitif amat diperlukan
agar masalah kompleks ditangani secara agresif dan holistik.
· Kemaskan
kemahiran komunikasi lisan, bertulis
Dengan
IoT sebagai nadi, keupayaan berkomunikasi dengan efisyen secara lisan dan
bertulis adalah kritikal. Suatu masa dahulu, mesyuarat bersemuka, tetapi hari
ini diskusi kita di mana-mana. Banyak konflik akibat komunikasi, andai aspek
bahasa dan seni komunikasi tidak diteliti. Dengan salah faham, terencatlah
kerja berpasukan, kepemimpinan dan proses penyelesaian masalah. Maka,
menjunamlah produktiviti organisasi, soal kualiti dan kuantiti. Selain
teknologi, ketidakupayaan berkomunikasi dengan berkesan menggunakan bahasa
Inggeris tidak lagi boleh dijadikan sempadan. Dengan lebih banyak kompetensi
bahasa dimiliki, pelajar akan berdiri megah di arena globalisasi.
· Kukuhkan diri sebagai pemimpin dan ahli
pasukan
Penyelesaian
masalah kompleks merentasi disiplin secara tuntas memerlukan kerjasama
berpasukan cemerlang, sebagai ketua dan ahli pasukan yang berkesan. Selain
pengetahuan teknikal, karisma dan kepemimpinan berinovasi adalah resipi
kejayaan kerja berpasukan. Memimpin dan menjadi ahli pasukan yang baik
memerlukan ilmu dan kemahiran. Di universiti, pelbagai peluang ditawarkan
misalnya menerusi projek berkumpulan, selain kegiatan di kolej kediaman dan
badan beruniform yang semuanya adalah peluang seluas lautan.
· Kayakan
diri dengan kepintaran emosi
Untuk
Industri 4.0, bijak sahaja tidak memadai. Pekerja cemerlang bukan sahaja perlu
mahir tindakannya dan penuh hikmah penuturannya, malah perlu pintar emosinya.
Kepintaran emosi adalah keupayaan mengenalpasti dan mengurus emosi diri dan
pihak lain dengan tiga teraju utama iaitu kesedaran, jaringan dan kawalan
emosi. Kepintaran emosi kunci kejayaan hubungan sosial dan profesional.
Bertegas tidak semestinya bermaksud seorang ketua perlu membaling fail,
tidaklah juga bermaksud seorang ketua sunyi kata-kata apabila anak buah
bermasalah.
· Manfaatkan
semua peluang, sentiasa kreatif
Peluang
pada era Industri 4.0 adalah umpama emas yang bertaburan di jalanan, hanya
menunggu siapa yang datang mengutipnya. Dengan Industri 4.0 menekankan misalnya
aspek pembuatan pintar maka sumber manusia yang bakal mengisinya mestilah bijak
merebut peluang, kreatif dan berinovatif dalam mengemukakan cadangan dan berani
ambil risiko.
Ketua
Pakar Pendidikan Tinggi Bank Dunia, Francisco Marmolejo dalam Seminar Revolusi
Industri 4.0 berkata, sistem pendidikan tinggi di seluruh negara juga akan
mengalami perubahan hasil revolusi Industri 4.0. Malaysia memerlukan institut
pendidikan tinggi yang lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran baharu itu
agar mana-mana golongan masyarakat tidak terpinggir dalam era globalisasi dan
digital. Pengetahuan yang ada pada kita hari ini hanya menyumbang satu peratus
sahaja menjelang 30 tahun akan datang dan ketika itu pasaran kerja akan
dipenuhi dengan individu atau tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dan
mempunyai pemikiran kritis.
Dalam
seminar itu, Marmolejo turut memuji Malaysia selaku negara pertama merangka
elemen cabaran Industri 4.0 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan
Tinggi) 2015-2025. Selain menyifatkan inisiatif Malaysia sebagai satu langkah
ke hadapan, beliau menyifatkan pelan pembangunan pendidikan tinggi yang
merangkumi 10 lonjakan itu sebagai rangka kerja naratif sangat baik bukan
sahaja untuk masa depan tetapi hari ini.
MANFAAT KEPADA SEKTOR KOMODITI
Industri
4.0 adalah peluang untuk Malaysia membangunkan industri perladangan dan
komoditi seperti minyak sawit, getah, kayu, koko atau lada. Sebenarnya, ia
boleh digunakan secara meluas dan lebih daripada jangkaan kita. Sebagai contoh,
minyak sawit dengan penderiaan yang digunakan bersama sistem melalui rangkaian
komunikasi komputer, kita boleh mengesan produktiviti setiap pokok, bukan
setakat setiap plot atau sebuah estet. Selain itu, ia boleh mengetahui tahap
tekanan bagi setiap pohon sawit yang disebabkan cuaca kering atau hujan yang
berpanjangan serta tindakan diperlukan seperti pengairan, pembajaan dan
penggunaan racun perosak. Ini akan memberi kesan langsung kepada hasil buah
tandan segar (FFB).
Apabila
merujuk kepada penuaian dan pemindahan, dengan mempunyai mesin bersepadu yang
boleh mengenal pasti secara tepat FFB yang sempurna masak, memotongnya daripada
pohon sawit, mengumpul semua tandan tanpa buah gugur dan terus dihantar ke
kilang secara autonomi. Ini akan meningkatkan hasil minyak secara dramatik
dengan FFB yang sempurna masak tanpa lebam kerana tidak melalui banyak
pengendalian serta kurang kehilangan buah tergugur. Pengurusan ladang yang
dijalankan dari pusat kawalan dengan kurang pembabitan manusia secara langsung.
Melalui
permintaan semakin meningkat untuk kebolehkesanan, penggunaan Industri 4.0
mungkin dapat membantu pengguna menentukan keaslian minyak sawit yang
terkandung dalam sesuatu produk dengan menggunakan pengenalan melalui frekuensi
radio (RFID) atau kod visual bagi mengetahui sama ada ramuannya dihasilkan
secara mampan. Ia agak realistik untuk melihat penggunaan Industri 4.0 dalam
proses pemerahan, penapisan dan oleokimia serta pengangkutan yang akan
meningkatkan produktiviti, keselamatan serta kualiti.
Selain
itu, Industri 4.0 juga boleh meringankan cabaran produktiviti dalam industri
huluan dan hiliran getah. Sistem Penorehan Getah Automatik (ARTS) yang sedang
menjalani percubaan sudah menunjukkan penetapan masa untuk penorehan,
pengumpulan dan penggumpalan lateks serta penggunaan perangsang boleh
dimekanisasikan, manakala pengumpulan dan penelitian data untuk setiap gram,
toreh dan pokok (GTT) boleh membantu mengenal pasti tindakan diperlukan untuk
meningkatkan hasil.
Pada
masa sama, permintaan terhadap tenaga kerja asing boleh dikurangkan dengan
automasi besar-besaran dalam pengeluaran sarung tangan getah, seperti dilakukan
salah sebuah pengilang getah terkemuka negara, Hartalega. Automasi ini
digunakan dengan jumlah tenaga kerja bagi setiap juta keping pada 2.6 di Pusat
Generasi Baharu (NGC) di Sepang, berbanding beberapa kali ganda di kilangnya
yang lain yang sedang ditingkatkan keupayaannya. Ini bermakna, terdapat lebih
peningkatan produktiviti boleh dicapai dengan penggunaan IoT yang lebih hebat.
· Memudahkan
kerja
Penggunaan
sistem penderiaan, komputer dan komunikasi pada kenderaan, dron dan jentera
lain boleh dicapai sepenuhnya hari ini. Selain itu, penggunaan Sistem
Pengesanan Global (GPS) dan rangkaian mudah alih dengan penghantaran data dan
analisis data besar sudah menjadi perkara biasa. Sememangnya penggunaan jentera
dan sistem sedemikian untuk tanaman tahunan yang ditanam di dataran jauh lebih
mudah berbanding melakukan perkara sama untuk tanaman di kawasan lebih beralun
seperti kelapa sawit dan getah. Namun, dengan fokus, kolaborasi dan peruntukan
sumber yang tepat, ini tidak mustahil.
· Cabaran
tentukan perubahan
Kenyataannya,
cabaran yang kita hadapi hari ini sudah memaksa kita untuk bertindak.
Kekurangan tenaga kerja mengakibatkan kehilangan FFB dan hasil pengeluaran
minyak. Potensi hasil sudah pun mendatar sementara kita bekerja mencari klon
baharu melalui penyelidikan genomik yang dapat menyelesaikan masalah itu.
Ditambah dengan tanah yang terhad untuk penanaman baharu dan keperluan
mengekalkan perlindungan hutan selaras dengan janji COP 21 kita, satu-satunya
pilihan kita adalah dengan meningkatkan produktiviti.
Sebagai
permulaan, kita sangat memerlukan peralatan kejuruteraan untuk penuaian,
pengumpulan buah dan pemindahan yang tidak terlampau canggih. Kedua-dua jenis
ciptaan brownfield dan greenfield sedang dipertimbangkan melalui platform
seperti Pertandingan Antarabangsa Kejuruteraan Sawit (ICOPM). Ini akan
bertindak sebagai jambatan kepada Industri 4.0 pada masa hadapan. Sebagai
sektor yang menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),
kita mempunyai tanggungjawab memastikan kepentingan dan kemampanannya tidak
berkurangan.
BAJET 2018
Kerajaan
menyasarkan Malaysia menjadi ekonomi termaju berpendapatan tinggi menjelang
2020 dengan nilaian ekonomi dan dagangan semasa berkembang RM2 trilion pada
2025 dan menikmati impak manfaat Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0)
secara ketara menjelang 2030. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata
kerajaan berusaha melaksanakan Dasar Digital Malaysia sejajar hala tuju dunia
di ambang Industri 4.0 dan era ekonomi digital. Justeru itu sebagai menyokong
aktiviti pelaburan dan perniagaan Industri 4.0, kerajaan akan menyediakan geran
sepadan sebanyak RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi
menaik taraf kemudahan pengilangan pintar.
Futurise
Centre di Cyberjaya juga akan diperkukuhkan sebagai pusat sehenti syarikat
korporat dan universiti, untuk membangunkan prototaip produk serta melonjakkan
daya inovasi. Kerajaan akan memberi galakan cukai seperti berikut iaitu
Pertama - melanjutkan tempoh insentif Elaun Modal
Dipercepatkan sebanyak 200 peratus ke atas kelengkapan automasi dari tahun
taksiran 2018 sehingga 2020.
Kedua - Galakan Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200
peratus untuk sektor pengilangan dan perkhidmatan berkaitan pengilangan; dan
Ketiga - Elaun Modal bagi peralatan ICT termasuk
perbelanjaan pembangunan perisian komputer layak dituntut sepenuhnya mulai
tahun taksiran 2018 hingga 2020
Selaras
dengan Industri 4.0, kerajaan turut mengumumkan geran RM5,000 untuk setiap
pemandu teksi bagi membeli kereta baharu. Insentif yang membuktikan kerajaan
mendengar rakyat, katanya, adalah untuk semua pemandu teksi berdaftar sedia ada
yang berhasrat bertukar ke penggunaan aplikasi e-hailing.
PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI 4.0
MAI-MIDF
Institut
Automotif Malaysia (MAI) dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd.
(MIDF) melancarkan Program Pembangunan Industri 4.0 MAI-MIDF bertujuan memacu
pertumbuhan keseluruhan rantaian bekalan automotif. Ini termasuk dalam
bidang pengilang komponen, pembekal bahan-bahan serta rangkaian penjualan dan
pengedaran. Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari berkata, kerjasama
unik itu akan menggabungkan program pembangunan kapasiti pihaknya dengan
kebolehan pembiayaan oleh MIDF untuk menawarkan satu program yang komprehensif.
Kerjasama strategik ini adalah penting untuk menyokong komuniti automotif
tempatan.
Nota : Penulisan ini adalah sebahagian daripada pembacaan.
Sekiranya ia dirujuk, sebarang penambahbaikan, cadangan dan pandangan bolehlah emel kepada
mohdfairuz.mohdyusof@gmail.com
Bahan
Bacaan & Rujukan
1. TEKS UCAPAN
MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-15 (MAPPA XV)
2. Industri
4.0 ubah cara kerja, hidup
3. Celik
Industri 4.0
5. Laporan
Prestasi Pelaburan Malaysia 2015
6. TN50
sediakan rakyat hadapi revolusi perindustrian keempat - PM Najib
7.
Revolusi Industri Ke-4: Mampukah Menginsankan
Teknologi
8.
Revolusi Perindustrian 4.0: Bersediakah kita?
9.
Industri 4.0: Apakah manfaatnya kepada komoditi?
10.
Peruntukan revolusi industri 4.0 kembangkan
inovasi
11.
Program Pembangunan Industri 4.0 MAI-MIDF
diperkenal
Assalamualaikum. pembetulan pada inisiatif berhubung industri 4.0 yang pertama , kerajaan Malaysia menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) , bukannya KDK yang boleh menjadi singkatan kepada Kawakita Electric Company.
ReplyDeleteWasalam. Semoga ia menjadi manfaat bersama untuk berjaya di IR4.0
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteBoleh Tak kami jemput tuan utk bagi talk berkenaan IR4.0?
Assalamualaikukm Tuan Mohd Fairuz Mohd Yusof.
ReplyDeleteSaya perkenalkan diri bama Hasbi Yahya.
Terima kasih atas perkongsian artikel Tuan.
Bagaiamana saya boleh berhubung dengan tuan melalui email atau telpon.
Wassalam
Hasbi Yahya
email: hbyc@gmx.com
assalammualaikum,tuan
ReplyDeletesaya nak minta penjelasa bagi kesan industri 4.0 terhadap ekonomi negara..saya hrp tuan berikn jwpn kpd saya..trima kasih
assalamualaikum tuan , bagaimana sy nk guna aplikasi ni IR4.0 ? kena dw apps ni dimana
ReplyDeleteAsslamaulaikum Tuan
ReplyDeleteSya Ketua Pegawai Operasi syarikat BHIC Marine TEchnology Academy Sdn BHd. Menyediakan latihan pembngunan Insan untuk Agesi KErajaan TLDM, APMM dan IKBN. Bagaimana syarikat boleh dapatkan Dana untuk upskiling dan upgrading kepada agensi kerjaan. 012-5120297 email - salleh.abdullah@bnsy.com.my
Masa depan bermula hari ini.
ReplyDeleteSalam dari Siti,
Local Classifieds
Local Classified Ads
American Classifieds
Local Classifieds
Local Classified Ads
American Classifieds
boleh terangkan apakah itu kerangka revolusi 4.0
ReplyDeleteboleh terangkan x apa 3 definisi teknologi baharu dalam ir 4.0 ni?? sbb sy kurang jelas?tq
ReplyDelete