Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) bakal menjana pertumbuhan ekonomi, sosial dan pembangunan ke arah pendigitalan yang holistic. Industri 4.0 yang membabitkan semua sektor tidak hanya meningkatkan produktiviti, malah bakal menjadikan kos lebih rendah dan hasil melonjak berlipat ganda.
Inisiatif ini membabitkan pelbagai bidang termasuk automasi, robotik, pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) dan internet untuk segala-galanya (IoT), di samping mengambil peluang dalam kemajuan bidang komunikasi. Inisiatif ini diterajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menjadi pelan transformasi yang menyeluruh untuk semua sektor di Malaysia.
Kerajaan menyediakan Dana Automasi bernilai RM1.5 bilion untuk dimanfaatkan bagi memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut terbabit dalam Industri 4.0. Dana ini adalah berkenaan usaha kerajaan untuk mentransformasikan PKS ke arah operasi digital dan menguntungkan. Agensi Kerajaan iaitu SME Corporation Malaysia (SME Corp) akan memastikan PKS tidak terlepas dengan Industri 4.0 menerusi penawaran dana yang dijamin kerajaan ini. PKS tulang belakang ekonomi negara dan sektor menggunakan intensif buruh yang tinggi. Dengan dana ini, mereka boleh meningkatkan produktiviti dan keupayaan membawa produk ke peringkat lebih tinggi.
Industri 4.0 akan memodenkan semua sektor di Malaysia yang menjurus ke arah pendigitalan sejajar dengan keperluan semasa. Kerajaan amat berharap Industri 4.0 dimanfaatkan sepenuhnya. Ketika ini, semua sektor berteraskan intensif buruh. Jadi untuk masa depan kita perlu bergantung kepada teknologi dalam pelbagai aspek termasuk operasi.
Nota : Penulisan ini adalah sebahagian daripada pembacaan. Sekiranya ia dirujuk, sebarang penambahbaikan, cadangan dan pandangan bolehlah emel kepada mohdfairuz.mohdyusof@gmail.com
Comments
Post a Comment