Skip to main content

JUALAN ONLINE ALIBABA 15 MINIT , US$5 BILLION & 11 NOVEMBER 2017

Pembeli online di China membelanjakan lebih US$25.3 billion (168.2 billion yuan / RM104 bilion) dalam gross merchandise volume (GMV) sempena festival beli belah online tahunan Single Day sekali gus rekod baharu semasa promosi Hari Bujang tahun ini yang dikendalikan gergasi e-dagang, Alibaba. Ia merupakan meningkat hampir 40 peratus berbanding tahun 2016.
Sebanyak 256,000 pembayaran sesaat diproses pada waktu puncak promosi itu. Alibaba Cloud turut berjaya memproses 325,000 tempahan sesaat. Antara kejayaan yang membanggakan Jack Ma, Founder Alibaba kali ini adalah hasil kutipan sebanyak US$5 billion selepas 15 minit festival dilancarkan. Lebih 90% transaksi GMV telah dilakukan melalui telefon bimbit. Secara keseluruhannya Alibaba telah memproses 1.48 billion pembayaran dengan transaksi daripada 225 buah negara dan 812 juta penghantaran melalui syarikat rangkaian logistik mereka, Cainiao Network. Antara penyumbang utama dengan hasil jualan tertinggi ke dalam negara China sempena Single Day tahun ini adalah Jepun, US, Australia, Jerman dan Korea Selatan

Single Day mendapat nama daripada tarikh 11 November atau 11.11 yang menjadi hari sambutan di kalangan orang muda yang masih bujang di China dan dikatakan mula diperkenalkan di Universiti Nanjing pada tahun 1993.  Alibaba telah menukarkan hari tersebut menjadi hari festival membeli belah terbesar dalam industri e-commerce mengalahkan jualan Black Friday. Jualan kasar ekstravaganza tahunan dikenali sebagai ‘11 Berganda’ melibatkan lebih 140,000 jenama luar negara turut menyertai promosi jualan Hari Bujang pada tahun ini. Angka itu mewakili jualan yang diproses menggunakan sistem pembayaran online Alibaba, Alipay. Jumlah jualan keseluruhan pada hari berkenaan meningkat 39 peratus berbanding perolehan AS$17.8 bilion (RM74.5 bilion) tahun lalu. Rekod jualan pada 2016 tersebut dipadamkan dalam tempoh kurang 14 jam.

Comments

Popular posts from this blog

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / INDUSTRI 4.0 / IR 4.0 Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof Penolong Pengarah Pusat Bank Data Negara dan Inovasi ICU JPM PENGENALAN Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia. SEJARAH Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975), adalah satu fenomena yan...

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution dan Pelaburan Berteknologi Tinggi

Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan Pelaburan Berteknologi Tinggi Inisiatif Revolusi Industri 4.0 terus mendapat perhatian apabila kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memperkasakan teknologi termasuk dana-dana baharu bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan industri berteknologi tinggi. Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019 menyediakan Dana Transformasi Pendigitalan Industri sebanyak RM3 bilion bagi merancakkan industri dengan menerapkan teknologi pintar merangkumi penggunaan robot dan AI. Revolusi perindustrian keempat (Industri 4.0),  Belanjawan 2019 dan Pelancaran Pelan Tindakan Industri 4.0 yang dikenali sebagai  Industry4WRD menjangka melihat lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi dilaksanakan di Malaysia . Syarikat dalam sektor pembuatan perlu mengambil kesempatan daripada semakan semula mekanisme dan insentif cukai serta inisiatif untuk menggalakkan penerimaan pakai Industri 4.0. Syarikat-syarikat itu perlu me...

What is "FUTURES THINKING AND SCENARIO PLANNING"

Apa yang dimaksudkan dengan "Futures Thinking And Scenario Planning (FTSP)" "An interdisciplinary field of knowledge for studying the futures and generate a number of plausible scenario for us to decide on future course of action. Others use term Fore sighting, Strategic Foresight, Futurology " Kepentingan Futures Thinking And Scenario Planning (FTSP) Helps us to systematically identify & analyse multiple plausible futures (in the form of scenarios) Will help us to decide now at the present What should we do to prepare for a number of multiple plausible futures “Futures Thinking and Scenario Planning (FTSP) is the study and understanding of how future works” Dr. Verna Wheelwright, Author of ‘ It’s your future : make it a good one ’ “ FTSP provides methods to reassess and challenge our thought process and practices in order to response to the new insights” Dr. Rachel Armstrong (Applied Scientist, Innovator) “In FTSP, ask yourself, what is yo...