PUSAT KOMPETENSI ASEAN / ASEAN COMPETENCY CENTER Penubuhan Pusat Kompetensi ASEAN pertama di Taman Teknologi Pahang (PTP) sebagai sebahagian strategi Malaysia untuk mempercepatkan kesediaan bagi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0). Ia akan membuka laluan untuk ECER menuju Industri 4.0 dengan membawa masuk pelaburan dalam pembuatan dan perkhidmatan bernilai tinggi serta canggih. Ia dilaksanakan oleh Kerajaan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Penubuhan Pusat Kompetensi ASEAN di PTP merupakan satu usaha penting bagi ECER memandangkan ia akan membantu mempercepatkan transformasi sosio-ekonomi wilayah itu menjadi zon ekonomi berasaskan pengetahuan dan berpendapatan tinggi. Pusat Kompetensi ASEAN yang terletak dalam Zon Ekonomi Khas ECER, dijangka melengkapkan dan mempercepatkan perubahan yang giat kita usahakan bagi memastikan ECER bukan hanya bersedia bagi Industri 4.0 malah berperanan sebagai pintu masuk pilihan ke pasaran Asia Pasifik. ...
Technology | Information | Transformation | Innovation | Digital Government | Online Services |