PUSAT KOMPETENSI ASEAN / ASEAN COMPETENCY CENTER
Penubuhan Pusat Kompetensi
ASEAN pertama di Taman Teknologi Pahang (PTP) sebagai sebahagian strategi
Malaysia untuk mempercepatkan kesediaan bagi Revolusi Perindustrian Keempat
(Industri 4.0). Ia akan membuka laluan untuk ECER menuju Industri 4.0 dengan
membawa masuk pelaburan dalam pembuatan dan perkhidmatan bernilai tinggi serta
canggih. Ia dilaksanakan oleh Kerajaan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi
Pantai Timur (ECERDC).
Penubuhan Pusat Kompetensi
ASEAN di PTP merupakan satu usaha penting bagi ECER memandangkan ia akan
membantu mempercepatkan transformasi sosio-ekonomi wilayah itu menjadi zon
ekonomi berasaskan pengetahuan dan berpendapatan tinggi. Pusat Kompetensi ASEAN
yang terletak dalam Zon Ekonomi Khas ECER, dijangka melengkapkan dan
mempercepatkan perubahan yang giat kita usahakan bagi memastikan ECER bukan
hanya bersedia bagi Industri 4.0 malah berperanan sebagai pintu masuk pilihan
ke pasaran Asia Pasifik.
Penubuhan pusat tersebut
dijangka mendorong langkah Malaysia merintis dan dapat mempamerkan kejayaan
global Industri 4.0 bagi kecemerlangan kelayakan dan latihan kakitangan
tempatan, pembangunan produk, pemindahan pengetahuan dan teknologi serta
pembangunan kluster. Pusat Komptensi ASEAN itu juga berperanan sebagai platform
suai padan untuk organisasi dan tempat untuk penuntut menganjurkan acara pemula
niaga atau mendapatkan akses kepada pelabur budiman atau modal teroka.
Usaha penting itu dimeterai dengan
penandatanganan dua Memorandum Persefahaman (MoU) strategik utama dengan Bayern
International GmbH dan The Technical University of Munich (TUM). Kerjasama ini memanfaatkan
kepakaran Jerman, akan turut membantu mentransformasikan Wilayah Ekonomi Pantai
Timur (ECER) daripada ekonomi dipacu input kepada ekonomi dipacu pengeluaran. TUM
adalah universiti berkedudukan teratas Jerman berdasarkan Ranking Universiti
Dunia Quacquarelli Symonds (QS) yang telah menghasilkan 13 penerima Hadiah
Nobel dan berada dalam kalangan institusi berasaskan teknologi berprestij lain
seperti Massachusetts Institute of Technology dan California Institute of
Technology.
ECERDC bersama-sama sebuah
universiti tempatan dan TUM yang berpangkalan di Jerman akan mewujudkan Pusat
Kompetensi ASEAN untuk menerajui usaha mempertingkatkan lagi kemahiran kumpulan
bakat tempatan di samping mendorong aktiviti berasaskan pengetahuan dan inovasi
dalam industri. TUM akan menyediakan program seminar dan kelayakan, pensijilan
serta pengujian, kajian rintis dan pembangunan produk.
Nota : Penulisan ini adalah sebahagian daripada pembacaan. Sekiranya ia dirujuk, sebarang penambahbaikan, cadangan dan pandangan bolehlah emel kepada mohdfairuz.mohdyusof@gmail.com
Nota : Penulisan ini adalah sebahagian daripada pembacaan. Sekiranya ia dirujuk, sebarang penambahbaikan, cadangan dan pandangan bolehlah emel kepada mohdfairuz.mohdyusof@gmail.com
Comments
Post a Comment