Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Malaysia

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / IR 4.0 : PUSAT KOMPETENSI ASEAN / ASEAN COMPETENCY CENTER

PUSAT KOMPETENSI ASEAN / ASEAN COMPETENCY CENTER Penubuhan Pusat Kompetensi ASEAN pertama di Taman Teknologi Pahang (PTP) sebagai sebahagian strategi Malaysia untuk mempercepatkan kesediaan bagi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0). Ia akan membuka laluan untuk ECER menuju Industri 4.0 dengan membawa masuk pelaburan dalam pembuatan dan perkhidmatan bernilai tinggi serta canggih. Ia dilaksanakan oleh Kerajaan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Penubuhan Pusat Kompetensi ASEAN di PTP merupakan satu usaha penting bagi ECER memandangkan ia akan membantu mempercepatkan transformasi sosio-ekonomi wilayah itu menjadi zon ekonomi berasaskan pengetahuan dan berpendapatan tinggi. Pusat Kompetensi ASEAN yang terletak dalam Zon Ekonomi Khas ECER, dijangka melengkapkan dan mempercepatkan perubahan yang giat kita usahakan bagi memastikan ECER bukan hanya bersedia bagi Industri 4.0 malah berperanan sebagai pintu masuk pilihan ke pasaran Asia Pasifik. ...

RAMALAN CUACA DI MALAYSIA

RAMALAN CUACA DI MALAYSIA Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof Penolong Pengarah Pusat Bank Data Negara dan Inovasi ICU JPM Kepesatan ekonomi Malaysia menjadikan aktiviti seharian menjadi semakin rancak dan bergerak pantas. Tidak kira dimana kita berada sama ada di kawasan bandar atau pun di kawasan luar bandar. Perhubungan melalui jaringan jalan raya, kereta api dan udara turut dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Di Malaysia, ramalan cuaca boleh diperolehi melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia melalui http://www.met.gov.my/web . Pelbagai maklumat yang boleh diperolehi daripada laman sesawang ini, antaranya ramalan cuaca, gempa bumi, pencerapan dan iklim. Ramalan cuaca yang boleh diketahui adalah ramalan cuaca utama bagi negara, negeri, daerah, pusat peranginan dan bandar-bandar utama dunia. Manakala ramalan cuaca laut pula adalah ramalan cuaca untuk perikanan, cuaca, angin dan ombak, ramalan air pasang surut dan ombak dan carta angin. Berikut adalah beberapa pap...