Skip to main content

EKOSISTEM WECHAT DI MALAYSIA

EKOSISTEM WECHAT DI MALAYSIA

Malaysia akan menjadi  sebagai negara asing pertama untuk melancarkan ekosistem WeChat oleh firma Tencent Holdings yang meurpakan firma rangkaian sosial dan permainan terbesar China. Tencent berjaya menerima lesen e-pembayaran di Malaysia bagi transaksi tempatan, dan merancang pelancaran seawal tahun 2018.

Tencent Holdings mencari peluang pertumbuhan di luar China dan sebagai saingan utama Alibaba Group. Ini bakal meletakkan syarikat tersenarai paling berharga di Asia tersebut. Lebih 600 juta penduduk di Asia Tenggara dan juga antara beberapa ekonomi paling pesat berkembang di dunia, telah menjadi `medan perang’ penting bagi gergasi teknologi China. Asas pemilihan Malaysia adalah kerana Tencent mempunyai lebih 20 juta pengguna WeChat di Malaysia, satu potensi yang sangat besar, malah pasaran juga agak memberangsangkan terhadap produk internet dari China. Selain itu, kaum Cina juga membentuk lebih satu perlima daripada populasi Malaysia secara keseluruhan.

WeChat Pay dan Alipay oleh Alibaba berusaha memperluaskan jejak global mereka, meskipun buat ketika ini terhad kepada perkhidmatan pembayaran bagi pelancong China di luar negara itu. Mereka hanya perlu mengimbas untuk sebarang pembayaran di 34 buah negara menerusi Alipay, sementara menerusi WeChat Pay pula sebanyak 13 buah negara. Syarikat induk Alipay, Ant Financial telah menjalankan usaha sama dalam tujuh pasaran berbeza untuk menawarkan perkhidmatan pembayaran digital tempatan yang beroperasi secara bebas. Alibaba pula merancang membina sistem pembayaran global, sementara Tencent lebih berminat untuk menjana trafik di WeChat, dua strategi berbeza menurut institusi perbankan dan pelabur.

Penganalisis JP Morgan, John Hall berpendapat bahawa WeChat mempunyai lebih banyak pengguna, tetapi jumlah urus niaga secara agregat Alipay adalah lebih tinggi. Walau bagaimanapun, para pelabur lain menjelaskan bahawa WeChat Pay juga mampu memproses jumlah transaksi yang besar jika ia digunakan pada platform e-dagang.

Sumber bahan bacaan :
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/tencent-rancang-lancar-ekosistem-wechat-di-malaysia-1.557746#ixzz4z7R2iGLD

© Utusan Melayu (M) Bhd

Comments

Popular posts from this blog

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / INDUSTRI 4.0 / IR 4.0 Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof Penolong Pengarah Pusat Bank Data Negara dan Inovasi ICU JPM PENGENALAN Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia. SEJARAH Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975), adalah satu fenomena yan...

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution dan Pelaburan Berteknologi Tinggi

Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan Pelaburan Berteknologi Tinggi Inisiatif Revolusi Industri 4.0 terus mendapat perhatian apabila kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memperkasakan teknologi termasuk dana-dana baharu bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan industri berteknologi tinggi. Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019 menyediakan Dana Transformasi Pendigitalan Industri sebanyak RM3 bilion bagi merancakkan industri dengan menerapkan teknologi pintar merangkumi penggunaan robot dan AI. Revolusi perindustrian keempat (Industri 4.0),  Belanjawan 2019 dan Pelancaran Pelan Tindakan Industri 4.0 yang dikenali sebagai  Industry4WRD menjangka melihat lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi dilaksanakan di Malaysia . Syarikat dalam sektor pembuatan perlu mengambil kesempatan daripada semakan semula mekanisme dan insentif cukai serta inisiatif untuk menggalakkan penerimaan pakai Industri 4.0. Syarikat-syarikat itu perlu me...

What is "FUTURES THINKING AND SCENARIO PLANNING"

Apa yang dimaksudkan dengan "Futures Thinking And Scenario Planning (FTSP)" "An interdisciplinary field of knowledge for studying the futures and generate a number of plausible scenario for us to decide on future course of action. Others use term Fore sighting, Strategic Foresight, Futurology " Kepentingan Futures Thinking And Scenario Planning (FTSP) Helps us to systematically identify & analyse multiple plausible futures (in the form of scenarios) Will help us to decide now at the present What should we do to prepare for a number of multiple plausible futures “Futures Thinking and Scenario Planning (FTSP) is the study and understanding of how future works” Dr. Verna Wheelwright, Author of ‘ It’s your future : make it a good one ’ “ FTSP provides methods to reassess and challenge our thought process and practices in order to response to the new insights” Dr. Rachel Armstrong (Applied Scientist, Innovator) “In FTSP, ask yourself, what is yo...