Skip to main content

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution dan Pelaburan Berteknologi Tinggi

Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan Pelaburan Berteknologi Tinggi


Inisiatif Revolusi Industri 4.0 terus mendapat perhatian apabila kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memperkasakan teknologi termasuk dana-dana baharu bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan industri berteknologi tinggi. Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019 menyediakan Dana Transformasi Pendigitalan Industri sebanyak RM3 bilion bagi merancakkan industri dengan menerapkan teknologi pintar merangkumi penggunaan robot dan AI. Revolusi perindustrian keempat (Industri 4.0),  Belanjawan 2019 dan Pelancaran Pelan Tindakan Industri 4.0 yang dikenali sebagai  Industry4WRD menjangka melihat lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi dilaksanakan di Malaysia .

Syarikat dalam sektor pembuatan perlu mengambil kesempatan daripada semakan semula mekanisme dan insentif cukai serta inisiatif untuk menggalakkan penerimaan pakai Industri 4.0. Syarikat-syarikat itu perlu memanfaatkan kemudahan bagi pengeluaran plastik mesra alam berasaskan bio-resin dan bio-polimer, insentif bagi perusahaan kecil dan sederhana serta pemudahan bagi aktiviti logistik dan pengangkutan

Bagi sektor perkhidmatan, syarikat hab prinsipal (PH) yang mahukan lanjutan kini akan tertakluk kepada kadar cukai, semakan semula ini membolehkan skop syarikat yang lebih meluas untuk mendapat manfaat daripada skim PH seperti syarikat dengan pendapatan tokokan nilai rendah. Bagi tempoh jangka panjang, skim yang disemak semula ini dijangka akan meningkatkan prestasi pelaburan sektor perkhidmatan, kerana pelaburan PH adalah penyumbang terbesar kepada keseluruhan pelaburan langsung asing dalam sektor perkhidmatan di bawah bidang kuasa MIDA

Prospek sumber pembiayaan alternatif, termasuk penyelarasan banyak dana modal teroka yang diuruskan agensi kerajaan, serta peruntukan RM50 juta untuk kerajaan menubuhkan dana pelaburan bersama bagi melabur bersama pelabur swasta menerusi pendanaan awam ekuiti dan pembiayaan terbuka antara rakan setara. MIDA berharap dapat bekerjasama dengan entiti ini bagi membantu syarikat Malaysia yang mempunyai pembiayaan terhad tetapi memiliki potensi tinggi dalam bidang teknologi baharu

Pada masa depan, Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azman, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata memandangkan kedudukan fiskal yang lebih realistik dan dapat dicapai di bawah Belanjawan 2019 dan kejelasan dalam hala tuju dasar bagi pelabur, tahun-tahun mendatang dijangkakan positif, terutamanya dengan banyak inisiatif disediakan untuk mewujudkan ekonomi lebih dinamik bagi Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, Abrar A. Anwar berkata, langkah kerajaan untuk memperkukuhkan Revolusi Industri 4.0 melalui Dana Berimpak Tinggi membantu memacu kepintaran buatan (AI) dan digitalisasi yang berpotensi besar terutama kepada sektor per¬khidmatan kewangan. Kedua-dua bidang ber¬kenaan harus dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk berinovasi dan meningkatkan pe¬ngalaman pelanggan, mengurangkan kos, memperkukuhkan keselamatan dan mengelakkan penipuan.
Lembaga Pembangunan Pe¬laburan Malaysia (MIDA) melalui Dana Berimpak Tinggi akan terus menyediakan geran padanan untuk menggalakkan inisiatif Industri 4.0 seperti pembangunan dan penyelidikan (R&D), penerimaan sijil dan piawaian antarabangsa serta pemodenan kemudahan dan peralatan dengan teknologi terkini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Trend Micro Malaysia, Goh Chee Hoh berkata, peruntukan yang diberikan bagi menyokong pertumbuhan Industri 4.0 ber¬kaitan teknologi membawa kepada peningkatan produktiviti dan daya saing perniagaan di Malaysia. Usaha melaksanakan transformasi di¬gital keselamatan siber merupakan komponen penting yang membolehkan inovasi dilakukan. Selain daripada risiko biasa dalam perniagaan, mereka perlu mengelakkan ancaman siber yang menyasarkan infrastruktur penting. Pemain industri akan melihat keselamatan siber sebagai nilai yang berpotensi melalui digitalisasi.

Dalam pada itu, Pengurus Negara Malaysia dan Brunei Net¬App, Azrin Abd. Shukor berkata, pengenalan Dana Transformasi Pendigitalan Industri dan Dana Berimpak Tinggi sebagai tepat pada masanya untuk penggunaan analitik data besar, AI dan pembelajaran mesin berkembang dengan meluas dalam ekosistem perniagaan di Malaysia.

Nota : Penulisan ini adalah sebahagian daripada pembacaan. Sekiranya ia dirujuk, sebarang penambahbaikan, cadangan dan pandangan  bolehlah emel kepada mohdfairuz.mohdyusof@gmail.com

Rujukan :
1) http://www.karangkraf.com/berita/belanjawan-banyak-rangsang-pelaburan-berteknologi-tinggi-1.900970
2) http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/malaysia-destinasi-pelaburan-teknologi-1.780425

Comments

Popular posts from this blog

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / INDUSTRI 4.0 / IR 4.0 Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof Penolong Pengarah Pusat Bank Data Negara dan Inovasi ICU JPM PENGENALAN Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia. SEJARAH Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975), adalah satu fenomena yang diangga

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat : Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11)

Rancangan Malaysia Kesebelas Dan Revolusi Perindustrian Keempat  Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) merujuk kepada perkembangan pesat revolusi digital yang merentas ruang siber, fizikal dan biologi merangkumi spektrum sektor ekonomi yang luas dan semua lapisan masyarakat. Antara teknologi trend mega yang menyokong 4IR termasuk pengkomputeran tahap tinggi serta peningkatan robotik termaju, kecerdasan buatan, internet benda (IoT), blockchain dan pencetakan 3D. Konsep 4IR berasal daripada Industrie 4.0 di Jerman. Industrie 4.0 merujuk kepada sistem pengeluaran pintar dalam sektor pembuatan. Dalam konteks Malaysia, istilah Industri 4.0 merujuk kepada maksud yang sama dan merupakan sebahagian daripada rangka kerja 4IR yang lebih besar. Antara beberapa aplikasi teknologi 4IR yang boleh digunakan dalam pelbagai sektor dan subsektor adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah.  Kemajuan pesat dalam ekonomi digital dan penumpuan teknologi termasuk teknologi disruptif telah me

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat : Rangka Kerja Dasar Negara Malaysia

Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0, 2018-2025 Kemunculan teknologi baharu seperti IoT, analitis data raya dan robotik termaju, boleh mengganggu model perniagaan dan proses pengeluaran. Penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 akan dipergiat dengan pelancaran Dasar Negara Mengenai Industri 4.0, 2018-2025. Dasar tersebut menggariskan pelan tindakan dalam memangkin penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pembuatan. Dalam hal ini, penilaian pematuhan tahap kesediaan firma terpilih akan dilaksana untuk menentukan jenis intervensi dan tahap bantuan teknikal yang diperlukan. Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 berperanan sebagai panduan strategik bagi membolehkan peralihan sektor pembuatan dan mempercepat penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 sebagai tindak balas kepada Revolusi Perindu