Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / IR 4.0 : PUSAT KOMPETENSI ASEAN / ASEAN COMPETENCY CENTER

PUSAT KOMPETENSI ASEAN / ASEAN COMPETENCY CENTER Penubuhan Pusat Kompetensi ASEAN pertama di Taman Teknologi Pahang (PTP) sebagai sebahagian strategi Malaysia untuk mempercepatkan kesediaan bagi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0). Ia akan membuka laluan untuk ECER menuju Industri 4.0 dengan membawa masuk pelaburan dalam pembuatan dan perkhidmatan bernilai tinggi serta canggih. Ia dilaksanakan oleh Kerajaan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Penubuhan Pusat Kompetensi ASEAN di PTP merupakan satu usaha penting bagi ECER memandangkan ia akan membantu mempercepatkan transformasi sosio-ekonomi wilayah itu menjadi zon ekonomi berasaskan pengetahuan dan berpendapatan tinggi. Pusat Kompetensi ASEAN yang terletak dalam Zon Ekonomi Khas ECER, dijangka melengkapkan dan mempercepatkan perubahan yang giat kita usahakan bagi memastikan ECER bukan hanya bersedia bagi Industri 4.0 malah berperanan sebagai pintu masuk pilihan ke pasaran Asia Pasifik.

EKOSISTEM WECHAT DI MALAYSIA

EKOSISTEM WECHAT DI MALAYSIA Malaysia akan menjadi  sebagai negara asing pertama untuk melancarkan ekosistem WeChat oleh firma Tencent Holdings yang meurpakan firma rangkaian sosial dan permainan terbesar China. Tencent berjaya menerima lesen e-pembayaran di Malaysia bagi transaksi tempatan, dan merancang pelancaran seawal tahun 2018. Tencent Holdings mencari peluang pertumbuhan di luar China dan sebagai saingan utama Alibaba Group. Ini bakal meletakkan syarikat tersenarai paling berharga di Asia tersebut. Lebih 600 juta penduduk di Asia Tenggara dan juga antara beberapa ekonomi paling pesat berkembang di dunia, telah menjadi `medan perang’ penting bagi gergasi teknologi China. Asas pemilihan Malaysia adalah kerana Tencent mempunyai lebih 20 juta pengguna WeChat di Malaysia, satu potensi yang sangat besar, malah pasaran juga agak memberangsangkan terhadap produk internet dari China. Selain itu, kaum Cina juga membentuk lebih satu perlima daripada populasi Malaysia secara kesel

JUALAN ONLINE ALIBABA 15 MINIT , US$5 BILLION & 11 NOVEMBER 2017

Pembeli online di China membelanjakan lebih US$25.3 billion (168.2 billion yuan / RM104 bilion ) dalam gross merchandise volume (GMV) sempena festival beli belah online tahunan Single Day sekali gus rekod baharu semasa promosi Hari Bujang tahun ini yang dikendalikan gergasi e-dagang, Alibaba. Ia merupakan meningkat hampir 40 peratus berbanding tahun 2016. Sebanyak 256,000 pembayaran sesaat diproses pada waktu puncak promosi itu. Alibaba Cloud turut berjaya memproses 325,000 tempahan sesaat. Antara kejayaan yang membanggakan Jack Ma, Founder Alibaba kali ini adalah hasil kutipan sebanyak US$5 billion selepas 15 minit festival dilancarkan. L ebih 90% transaksi GMV telah dilakukan melalui telefon bimbit. Secara keseluruhannya Alibaba telah memproses 1.48 billion pembayaran dengan transaksi daripada 225 buah negara dan 812 juta penghantaran melalui syarikat rangkaian logistik mereka, Cainiao Network. Antara penyumbang utama dengan hasil jualan tertinggi ke dalam negara China sempena

ZON PERDAGANGAN BEBAS DIGITAL / MALAYSIA DIGITAL FREE TRADE ZONE (DFTZ)

ZON PERDAGANGAN BEBAS DIGITAL / MALAYSIA DIGITAL FREE TRADE ZONE (DFTZ) Zon Perdagangan Bebas Digital ( DFTZ) merupakan suatu inisiatif untuk memanfaatkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi Internet dan aktiviti e-dagang merentas sempadan. DFTZ merupakan platform untuk memudahkan perdagangan melangkaui sempadan dengan lancar dan membolehkan perniagaan tempatan mengeksport barangan mereka dengan menjadikan e-dagang sebagai keutamaan. Pada 3 November 2017, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama dengan Jack Ma, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba merasmikan Zon Dagangan Digital Bebas (DFTZ) yang bakal menyediakan zon fizikal dan digital untuk untuk memudahkan PKS memanfaatkan penumpuan pertumbuhan eksponen ekonomi internet dan aktiviti e-perdagangan merentas sempadan. LOKASI DFTZ DFTZ akan menggabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan digital dan perkhidmatan dalam talian tambahan bagi memudahkan inovasi berasaskan

THE CHIEF INNOVATION OFFICER (CINO) TRAITS AND MISSION

THE CHIEF INNOVATION OFFICER (CINO) TRAITS AND MISSION Large companies need a Chief Innovation Officer (CINO), a powerful executive who can counterbalance the natural killing instinct of a company’s business units and design a more innovation-friendly organizational environment. The CINO’s key role is to constantly “bang the drum” for innovation, being essentially responsible for identifying and proposing areas where technology, company structure and day-to-day practices can be combined and refined to drive a business towards its corporate goals. A great CINO must be multi-skilled – a requisite that will often prevent traditional CIO or CEO job roles from absorbing this responsibility. Key roles in the Chief Innovation Officer (CINO) traits and mission: 1.     A HIGH CREDIBILITY FACTOR It's not enough for a CINO to be respected by the employees in the company (though, certainly, that goes a long way). A CINO has to get the respect of all of the other officers in the com