Skip to main content

ZON PERDAGANGAN BEBAS DIGITAL / MALAYSIA DIGITAL FREE TRADE ZONE (DFTZ)

ZON PERDAGANGAN BEBAS DIGITAL / MALAYSIA DIGITAL FREE TRADE ZONE (DFTZ)
Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) merupakan suatu inisiatif untuk memanfaatkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi Internet dan aktiviti e-dagang merentas sempadan. DFTZ merupakan platform untuk memudahkan perdagangan melangkaui sempadan dengan lancar dan membolehkan perniagaan tempatan mengeksport barangan mereka dengan menjadikan e-dagang sebagai keutamaan. Pada 3 November 2017, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama dengan Jack Ma, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba merasmikan Zon Dagangan Digital Bebas (DFTZ) yang bakal menyediakan zon fizikal dan digital untuk untuk memudahkan PKS memanfaatkan penumpuan pertumbuhan eksponen ekonomi internet dan aktiviti e-perdagangan merentas sempadan.

LOKASI DFTZ

DFTZ akan menggabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan digital dan perkhidmatan dalam talian tambahan bagi memudahkan inovasi berasaskan Internet dan e-dagang antarabangsa. Zon fizikal Pusat eFulfilment pertama DFTZ dan maya berpusat di KLIA Aeropolis. KLIA Aeropolis yang akan menjadi pusat kargo udara dan logistik serta penerbangan, dengan fasa inisiatif membabitkan syarikat Alibaba Grop, Lazada dan POS Malaysia.

Pusat Perkhidmatan Satelit pertama DFTZ, Kuala Lumpur Internet City (KLIC) akan ditempatkan di Bandar Malaysia dan hab digital utama bagi syarikat global dan tempatan yang menyasarkan Asia Tenggara. Ia bakal menjadi rumah kepada pemain utama dalam ekosistem internet untuk memudahkan sokongan, rangkaian dan perkongsian pengetahuan bagi memacu inovasi dalam ekonomi internet dan industri e-dagang.

KENAPA DIKENALI SEBAGAI ZON DAGANGAN BEBAS DIGITAL

Malaysia adalah antara negara pertama yang memulakan pelantar eServices digital. Pelantar eServices adalah elemen unik Zon Dagangan Bebas Digital (DFTZ). Ia secara digital menghubungkan pengguna dengan perkhidmatan kerajaan dan perniagaan untuk menyokong perdagangan rentas- sempadan. Pelantar digital ini boleh disambungkan ke platform serupa di negara lain untuk menjadikan perdagangan merentas sempadan lebih mudah pada masa akan datang.


Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) dan pendekatan menyeluruhnya merangkumi mudah tunai, rantaian bekalan global, gerbang pembayaran, prospek latihan dan pekerjaan akan menyediakan platform kondusif bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab digital di Asia Tenggara. Potensi DFTZ terlalu luas dan tiada batasannya. Pelaksanaannya juga akan menggalakkan perniagaan tradisional, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beralih ke bidang e-dagang dan berniaga merentas sempadan ke negara ASEAN dan seluruh dunia.  Peluang dagangan dengan China amat besar dan syarikat-syarikat di Malaysia semakin mendapat banyak permintaan termasuk usaha pengeksportan buah durian ke negara tembok besar itu

Penubuhan DFTZ, antara inisiatif di bawah gelombang Industri 4.0, akan menggabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan digital dan perkhidmatan dalam talian tambahan bagi memudahkan inovasi berasaskan Internet dan e-dagang antarabangsa.

PERTUMBUHAN E-DAGANG
Keupayaan membentuk Zon Be­bas Perdagangan Digital (DFTZ) dalam tempoh singkat merupakan suatu kebanggaan besar kepada Malaysia dan kejayaan sedemikian sukar diulangi oleh mana-mana negara lain kejayaan itu juga menjadi bukti jelas bahawa kerajaan mampu bergerak sepantas syarikat e-dagang terbesar China, Alibaba Group Holding Limited (Alibaba). Pengenalan DFTZ oleh kerajaan membuktikan hasratnya untuk menyediakan pengetahuan dan melengkapkan usahawan dengan pengetahuan e-dagang, melengkapkan kemudahan luas yang akan ditawarkan zon perdagangan itu. DFTZ menjadi zon bebas digital pertama seumpamanya di luar China bagi merancakkan pertumbuhan e-dagang rentas sempadan dengan mewujudkan akses kepada hab di bandar Hangzhou untuk menembusi pasaran di China. Hab e-Penunaian serantau itu akan diwujudkan di Malaysia dengan pihak Alibaba menempatkan Alibaba iCloud untuk platform Data Raya bagi rantau Asia Tenggara. Lokasi bagi menempatkan kemudahan itu adalah di Cyberjaya.


TIGA KOMPONEN DFTZ

·      eFulfilment Hab : Membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mengeksport barangan mereka dengan mudah.

·      Hab Perkhidmatan Satelit : Menghubungkan PKS dengan syarikat terkemuka yang menawarkan perkhidmatan seperti pembiayaan, pemenuhan mil akhir, insuran dan perkhidmatan lain yang penting dalam e-dagang.

·      Platform eServis : Menguruskan pelepasan kargo dengan cekap dan proses lain yang diperlukan dalam perdagangan rentas sempadan.

MANFAAT DARIPADA DFTZ

·      PKS dan pengeluar / jenama Malaysia yang ingin mengeksport akan mendapat manfaat.
·      Pembekal perkhidmatan tempatan dan global.(fulfilment, last-mile delivery, pembayaran, insurans, dan pembekal perkhidmatan).
·      Pemilik jenama global yang ingin menubuhkan hab serantau untuk disampaikan kepada pelanggan ASEAN.
·      Pasaran untuk mencari sumber dan menggunakan Malaysia sebagai Hab untuk mendapatkan sumber.


FAEDAH UTAMA DFTZ UNTUK PERNIAGAAN
Dengan bantuan pasaran utama, DFTZ akan menyediakan akses kepada PKS bagi mencapai pelanggan global. Ia menyediakan ekosistem dan kemudahan yang tepat untuk jenama menggunakan Malaysia sebagai hab pemindahan untuk mencapai pelanggan ASEAN. Ia juga akan memudahkan dan mempercepat proses pelepasan kargo dengan bantuan platform eServices. Disamping itu, perniagaan akan menerima sokongan end-to-end, antaranya, perkhidmatan eFufillment (pergudangan, ambilan, pembungkusan, pelabelan, dan lain-lain) dan akses kepada pemain ekosistem eCommerce (pembiayaan, last mile fulfilment, insurans, pemasaran digital, dan lain-lain) untuk perdagangan merentas-sempadan, rangkaian dan perkongsian pengetahuan untuk memacu inovasi dalam ekosistem internet.

KERJASAMA MENJAYAKAN DFTZ

Kerajaan Malaysia melalui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bersama Pihak Berkuasa Tempatan Hangzhou serta Alibaba (China) Company Limited dengan sokongan agensi lain serta pemain industri utama tempatan adalah yang menjayakan DFTZ. Ia dikendalikan melalui kerjasama pihak awam-swasta dimana fasa pertama hab eFulfilment akan dikendalikan oleh pengendali zon bebas swasta, fasa pertama hab perkhidmatan satelit, dikendalikan oleh swasta dan pelantar eServices, dibangunkan dan diuruskan oleh Kerajaan Malaysia. Kerjasama mengenai platform e-dagang sepertimana Platform Dagangan Elektronik Dunia (eWTP) adalah cetusan idea Jack Ma dan Alibaba untuk mengurangkan sekatan dagangan bagi memudahkan penglibatan PKS dalam dagangan global. Perdana Menteri juga menyampaikan pensijilan status Koridor Raya Multimedia (MSC) oleh  pihak MDEC kepada Alibaba Cloud.



MANFAAT EKONOMI MALAYSIA

Seiring pelaksanaannya kelak, ia dijangka memberi pelbagai manfaat termasuk peluang kerjaya, mewujudkan insentif cukai dan prosedur pemeriksaan kastam yang lebih pantas kepada syarikat dan pemain industri digital. Kerajaan juga sebelum ini mengisytiharkan 2017 sebagai tahun ekonomi Internet Malaysia. Sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sudah mencecah 17.8 peratus pada 2015 dan hampir merealisasikan sasaran 18.2 peratus yang ditetapkan untuk 2020. Kerjasama dengan Alibaba juga dapat merancakkan industri pelancongan negara bagi menarik lebih ramai pelancong dari China. Pada tahun 2016, Malaysia sudah mencapai peningkatan ketara melebihi 21 peratus iaitu 2.1 juta pelancong dari China dan bagi tahun 2017, sasaran lebih kurang tiga juta pelancong China ke Malaysia. Lebih 200,000 tempahan untuk melawat Malaysia telah dibuat menerusi platform Alibaba. Melalui kewujudan DFTZ, eksport PKS dijangka akan ditingkatkan sebanyak USD 38 bilion dan penjanaan lebih daripada 60,000 pekerjaan baru dijana menjelang 2025. Melaluli DFTZ (eksport, import, pengangkutan), ia akan memudahkan pergerakan barang bernilai US$ 65 Billion menjelang 2025.

Menerusi Bajet 2017, sebanyak RM162 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program seperti ekosistem e-dagang, 'Digital Maker Movement', serta pengenalan kategori lokasi baharu sebagai Hab Digital Malaysia. Pelancarkan program ekosistem e-dagang dikenali eU@Marketplace adalah inisiatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kerjasama dengan tujuh pusat jual beli atas talian iaitu Lelong.my, 11street.my, AVANA, EasyStore, AmaxMall, MyBazaar dan Shopee untuk membantu usahawan digital untuk meluaskan dan mempelbagaikan peluang ke pasaran lebih besar peringkat global. Inisiatif tersebut akan membawa kepada pertumbuhan potensi dan pemangkin kepada perubahan serta mendefinisi semula perdagangan global dan serantau.

Di dalam Bajet 2018, Perdana Menteri menyatakan Fasa Pertama DFTZ mensasarkan penyertaan 1,500 PKS dalam ekonomi digital dan dijangka menarik pelaburan sebanyak 700 juta ringgit dengan mewujudkan 2,500 peluang pekerjaan. Untuk tujuan ini, RM83.5 juta diperuntukkan bagi membiayai penyediaan infrastruktur fasa satu DFTZ di Aeropolis, KLIA dan nilai de minimis bagi import, dinaikkan dari 500 ke 800 ringgit, untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab e-commerce serantau.


Comments

Popular posts from this blog

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / INDUSTRI 4.0 / IR 4.0 Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof Penolong Pengarah Pusat Bank Data Negara dan Inovasi ICU JPM PENGENALAN Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia. SEJARAH Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975), adalah satu fenomena yang diangga

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat : Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11)

Rancangan Malaysia Kesebelas Dan Revolusi Perindustrian Keempat  Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) merujuk kepada perkembangan pesat revolusi digital yang merentas ruang siber, fizikal dan biologi merangkumi spektrum sektor ekonomi yang luas dan semua lapisan masyarakat. Antara teknologi trend mega yang menyokong 4IR termasuk pengkomputeran tahap tinggi serta peningkatan robotik termaju, kecerdasan buatan, internet benda (IoT), blockchain dan pencetakan 3D. Konsep 4IR berasal daripada Industrie 4.0 di Jerman. Industrie 4.0 merujuk kepada sistem pengeluaran pintar dalam sektor pembuatan. Dalam konteks Malaysia, istilah Industri 4.0 merujuk kepada maksud yang sama dan merupakan sebahagian daripada rangka kerja 4IR yang lebih besar. Antara beberapa aplikasi teknologi 4IR yang boleh digunakan dalam pelbagai sektor dan subsektor adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah.  Kemajuan pesat dalam ekonomi digital dan penumpuan teknologi termasuk teknologi disruptif telah me

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat : Rangka Kerja Dasar Negara Malaysia

Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0, 2018-2025 Kemunculan teknologi baharu seperti IoT, analitis data raya dan robotik termaju, boleh mengganggu model perniagaan dan proses pengeluaran. Penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 akan dipergiat dengan pelancaran Dasar Negara Mengenai Industri 4.0, 2018-2025. Dasar tersebut menggariskan pelan tindakan dalam memangkin penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pembuatan. Dalam hal ini, penilaian pematuhan tahap kesediaan firma terpilih akan dilaksana untuk menentukan jenis intervensi dan tahap bantuan teknikal yang diperlukan. Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 berperanan sebagai panduan strategik bagi membolehkan peralihan sektor pembuatan dan mempercepat penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 sebagai tindak balas kepada Revolusi Perindu