Skip to main content

Posts

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution dan Pelaburan Berteknologi Tinggi

Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan Pelaburan Berteknologi Tinggi Inisiatif Revolusi Industri 4.0 terus mendapat perhatian apabila kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memperkasakan teknologi termasuk dana-dana baharu bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan industri berteknologi tinggi. Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019 menyediakan Dana Transformasi Pendigitalan Industri sebanyak RM3 bilion bagi merancakkan industri dengan menerapkan teknologi pintar merangkumi penggunaan robot dan AI. Revolusi perindustrian keempat (Industri 4.0),  Belanjawan 2019 dan Pelancaran Pelan Tindakan Industri 4.0 yang dikenali sebagai  Industry4WRD menjangka melihat lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi dilaksanakan di Malaysia . Syarikat dalam sektor pembuatan perlu mengambil kesempatan daripada semakan semula mekanisme dan insentif cukai serta inisiatif untuk menggalakkan penerimaan pakai Industri 4.0. Syarikat-syarikat itu perlu memanfaatka
Recent posts

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat : Rangka Kerja Dasar Negara Malaysia

Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0, 2018-2025 Kemunculan teknologi baharu seperti IoT, analitis data raya dan robotik termaju, boleh mengganggu model perniagaan dan proses pengeluaran. Penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 akan dipergiat dengan pelancaran Dasar Negara Mengenai Industri 4.0, 2018-2025. Dasar tersebut menggariskan pelan tindakan dalam memangkin penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pembuatan. Dalam hal ini, penilaian pematuhan tahap kesediaan firma terpilih akan dilaksana untuk menentukan jenis intervensi dan tahap bantuan teknikal yang diperlukan. Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 berperanan sebagai panduan strategik bagi membolehkan peralihan sektor pembuatan dan mempercepat penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 sebagai tindak balas kepada Revolusi Perindu

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat : Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11)

Rancangan Malaysia Kesebelas Dan Revolusi Perindustrian Keempat  Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) merujuk kepada perkembangan pesat revolusi digital yang merentas ruang siber, fizikal dan biologi merangkumi spektrum sektor ekonomi yang luas dan semua lapisan masyarakat. Antara teknologi trend mega yang menyokong 4IR termasuk pengkomputeran tahap tinggi serta peningkatan robotik termaju, kecerdasan buatan, internet benda (IoT), blockchain dan pencetakan 3D. Konsep 4IR berasal daripada Industrie 4.0 di Jerman. Industrie 4.0 merujuk kepada sistem pengeluaran pintar dalam sektor pembuatan. Dalam konteks Malaysia, istilah Industri 4.0 merujuk kepada maksud yang sama dan merupakan sebahagian daripada rangka kerja 4IR yang lebih besar. Antara beberapa aplikasi teknologi 4IR yang boleh digunakan dalam pelbagai sektor dan subsektor adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah.  Kemajuan pesat dalam ekonomi digital dan penumpuan teknologi termasuk teknologi disruptif telah me

What is "FUTURES THINKING AND SCENARIO PLANNING"

Apa yang dimaksudkan dengan "Futures Thinking And Scenario Planning (FTSP)" "An interdisciplinary field of knowledge for studying the futures and generate a number of plausible scenario for us to decide on future course of action. Others use term Fore sighting, Strategic Foresight, Futurology " Kepentingan Futures Thinking And Scenario Planning (FTSP) Helps us to systematically identify & analyse multiple plausible futures (in the form of scenarios) Will help us to decide now at the present What should we do to prepare for a number of multiple plausible futures “Futures Thinking and Scenario Planning (FTSP) is the study and understanding of how future works” Dr. Verna Wheelwright, Author of ‘ It’s your future : make it a good one ’ “ FTSP provides methods to reassess and challenge our thought process and practices in order to response to the new insights” Dr. Rachel Armstrong (Applied Scientist, Innovator) “In FTSP, ask yourself, what is yo

REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0 (IR 4.0) DAN PERANAN WANITA MALAYSIA

REVOLUSI PERINDUSTRI 4.0 (IR 4.0) DAN PERANAN WANITA MALAYSIA Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof Penolong Pengarah Pusat Bank Data Negara dan Inovasi ICU JPM Wanita memainkan peranan yang penting apabila negara mendepani Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Peranan wanita dapat dilihat secara menyeluruh dalam proses membuat keputusan samada dalam sektor awam mahu pun swasta. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa memaklumkan bahawa Malaysia sudah melepasi sasaran kuota 30 peratus untuk meletakkan golongan wanita dalam kumpulan pengurusan tertinggi apabila 1,419 pegawai wanita atau 35.6 peratus golongan itu kini berada dalam peringkat pembuat dasar di dalam sektor awam. Ini membuktikan komitmen Kerajaan dalam memartabatkan wanita sebagai pembuat dasar sebagaimana yang diinginkan selama ini. Dalam era globalisasi IR 4.0 peranan wanita semakin penting dan semakin meluas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018, telah mengumumkan bah

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat : Dana Kerajaan

Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) bakal menjana pertumbuhan ekonomi, sosial dan pembangunan ke arah pendigitalan yang holistic. Industri 4.0 yang membabitkan semua sektor tidak hanya meningkatkan produktiviti, malah bakal menjadikan kos lebih rendah dan hasil melonjak berlipat ganda. Inisiatif ini membabitkan pelbagai bidang termasuk automasi, robotik, pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) dan internet untuk segala-galanya (IoT), di samping mengambil peluang dalam kemajuan bidang komunikasi. Inisiatif ini diterajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menjadi pelan transformasi yang menyeluruh untuk semua sektor di Malaysia. Kerajaan menyediakan Dana Automasi bernilai RM1.5 bilion untuk dimanfaatkan bagi memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut terbabit dalam Industri 4.0. Dana ini adalah berkenaan usaha kerajaan untuk mentransformasikan PKS ke arah operasi digital dan menguntungkan. Agensi Kerajaan iaitu SME Corporation M

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / IR 4.0 : PERSEDIAAN MALAYSIA UNTUK PEKERJAAN MASA DEPAN

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah melancarkan platform memprofil modal insan dan rangka kerja tindakan untuk pekerjaan masa depan. Dua inisiatif baharu sebagai respons kepada cabaran dan peluang daripada Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) terhadap struktur pekerjaan, lokasi dan tenaga kerja. Modal insan merupakan elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi dan perniagaan, daya saing, serta inovasi. Permintaan persekitaran global kini semakin berubah-ubah dan bagi memastikan kemakmuran berterusan di Malaysia memerlukan pendekatan baharu dalam memanfaatkan semua sumber tenaga kerja dan ke arah menjamin masa depan modal insan. Inisiatif pertama iaitu Nurturing Expert Talent (NEXT), merupakan platform analisis modal insan peringkat nasional yang mampu memperoleh dan menganalisis data berkaitan kualiti dan keupayaan tenaga kerja Malaysia bagi memenuhi permintaan pasaran yang pesat berkembang. NEXT berperanan sebagai penghubung utama antara pendidikan, majikan, dan