Skip to main content

REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0 (IR 4.0) DAN PERANAN WANITA MALAYSIA

REVOLUSI PERINDUSTRI 4.0 (IR 4.0) DAN PERANAN WANITA MALAYSIA
Oleh :
Mohd Fairuz Mohd Yusof
Penolong Pengarah
Pusat Bank Data Negara dan Inovasi
ICU JPM

Wanita memainkan peranan yang penting apabila negara mendepani Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Peranan wanita dapat dilihat secara menyeluruh dalam proses membuat keputusan samada dalam sektor awam mahu pun swasta. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa memaklumkan bahawa Malaysia sudah melepasi sasaran kuota 30 peratus untuk meletakkan golongan wanita dalam kumpulan pengurusan tertinggi apabila 1,419 pegawai wanita atau 35.6 peratus golongan itu kini berada dalam peringkat pembuat dasar di dalam sektor awam. Ini membuktikan komitmen Kerajaan dalam memartabatkan wanita sebagai pembuat dasar sebagaimana yang diinginkan selama ini.

Dalam era globalisasi IR 4.0 peranan wanita semakin penting dan semakin meluas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018, telah mengumumkan bahawa tahun 2018 adalah tahun memperkasakan wanita. Ini membuktikan kerajaan menganggap wanita Malaysia amat penting dalam agenda pembangunan dan ekonomi negara, sekali gus mengiktiraf sumbangan serta kudrat yang telah diberikan oleh golongan wanita. Seiring dengan kehendak IR 4.0 yang lebih menekankan kepada keupayaan pelaburan dan pemilikan teknologi pada masa depan, golongan wanita harus segera menyahut cabaran ini dan peluang yang lebih dan semakin meluas. Kerajaan melalui ‘Hari Memperkasakan Wanita 2018’ beriltizam untuk sentiasa meninggikan peranan dan martabat wanita dalam negara ini. Selaras dengan itu, beberapa program signifikasi (diperkenalkan) seperti Investment Literacy, Malaysia Woman Made, Impact for Humanity Woman, IR4.0. Jika semua program ini dilaksanakan sepenuhnya, kita akan dapat menyaksikan peningkatan wanita dalam konteks arus pembangunan negara Malaysia.

Penyertaan golongan wanita dalam politik dapat dilihat melalui bilangan senator wanita di Dewan Negara. Keberadaan golongan wanita dalam bidang politik negara akan memberi gambaran lebih baik kepada sistem pilihan raya dan menjadikan proses politik lebih inklusif, sekali gus mengukuhkan demokrasi. Kerajaan berhasrat untuk menambah kuota sekurang-kurangnya 30 peratus senator wanita di Dewan Negara pada masa hadapan. Ketika ini, 19.35% atau 12 daripada 62 Ahli Dewan Negara yang dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dilantik Yang di-Pertuan Agong adalah golongan wanita. Lapan daripadanya mewakili BN manakala masing-masing satu dari PAS, PKR serta pertubuhan orang kelainan upaya (OKU).

Senarai Ahli Dewan Undangan Negara Wanita adalah :

1. Azizah Harun (BN-UMNO)
2. K Bathmavathi (Pertubuhan OKU)
3. Engku Naimah Engku Taib (BN-UMNO)
4. Datuk Fahariyah Md Nordin (BN-UMNO)
5. Datuk Jamilah Sulaiman (BN-PBS)
6. Khairiah Mohamed (PAS)
7. Datuk Rabiyah Ali (BN-UMNO)
8. Rahemah Idris (BN-UMNO)
9. Datin Rahimah Mahamad (BN-UMNO)
10. Datuk Shahanim Mohamad Yusoff (BN-UMNO)
11. Siti Aishah Shaik Ismail (PKR)
12. Sopiah Sharif (BN-UMNO

Nota : Penulisan ini adalah sebahagian daripada pembacaan. Sekiranya ia dirujuk, sebarang penambahbaikan, cadangan dan pandangan  bolehlah emel kepada mohdfairuz.mohdyusof@gmail.com

Rujukan Bacaan :
1. Revolusi Perindustrian 4.0 : Peranan Wanita Penting – Najib
http://watan-online.com/revolusi-perindustrian-4-0-peranan-wanita-penting-najib/ 
2. Kerajaan Ke Arah Memperkasakan Wanita Malaysia
http://www.tmw18.gov.my/2018/01/17/kerajaan-ke-arah-memperkasakan-wanita-malaysia/
3. Kuota senator wanita akan ditambah - Najib
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/358601/kuota-senator-wanita-akan-ditambah-najib


Comments

Popular posts from this blog

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / INDUSTRI 4.0 / IR 4.0 Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof Penolong Pengarah Pusat Bank Data Negara dan Inovasi ICU JPM PENGENALAN Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia. SEJARAH Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975), adalah satu fenomena yang diangga

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat : Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11)

Rancangan Malaysia Kesebelas Dan Revolusi Perindustrian Keempat  Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) merujuk kepada perkembangan pesat revolusi digital yang merentas ruang siber, fizikal dan biologi merangkumi spektrum sektor ekonomi yang luas dan semua lapisan masyarakat. Antara teknologi trend mega yang menyokong 4IR termasuk pengkomputeran tahap tinggi serta peningkatan robotik termaju, kecerdasan buatan, internet benda (IoT), blockchain dan pencetakan 3D. Konsep 4IR berasal daripada Industrie 4.0 di Jerman. Industrie 4.0 merujuk kepada sistem pengeluaran pintar dalam sektor pembuatan. Dalam konteks Malaysia, istilah Industri 4.0 merujuk kepada maksud yang sama dan merupakan sebahagian daripada rangka kerja 4IR yang lebih besar. Antara beberapa aplikasi teknologi 4IR yang boleh digunakan dalam pelbagai sektor dan subsektor adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah.  Kemajuan pesat dalam ekonomi digital dan penumpuan teknologi termasuk teknologi disruptif telah me

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat : Rangka Kerja Dasar Negara Malaysia

Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0, 2018-2025 Kemunculan teknologi baharu seperti IoT, analitis data raya dan robotik termaju, boleh mengganggu model perniagaan dan proses pengeluaran. Penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 akan dipergiat dengan pelancaran Dasar Negara Mengenai Industri 4.0, 2018-2025. Dasar tersebut menggariskan pelan tindakan dalam memangkin penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pembuatan. Dalam hal ini, penilaian pematuhan tahap kesediaan firma terpilih akan dilaksana untuk menentukan jenis intervensi dan tahap bantuan teknikal yang diperlukan. Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 berperanan sebagai panduan strategik bagi membolehkan peralihan sektor pembuatan dan mempercepat penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 sebagai tindak balas kepada Revolusi Perindu