Skip to main content

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / IR 4.0 : PUSAT KOMPETENSI ASEAN / ASEAN COMPETENCY CENTER

PUSAT KOMPETENSI ASEAN / ASEAN COMPETENCY CENTER

Penubuhan Pusat Kompetensi ASEAN pertama di Taman Teknologi Pahang (PTP) sebagai sebahagian strategi Malaysia untuk mempercepatkan kesediaan bagi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0). Ia akan membuka laluan untuk ECER menuju Industri 4.0 dengan membawa masuk pelaburan dalam pembuatan dan perkhidmatan bernilai tinggi serta canggih. Ia dilaksanakan oleh Kerajaan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Penubuhan Pusat Kompetensi ASEAN di PTP merupakan satu usaha penting bagi ECER memandangkan ia akan membantu mempercepatkan transformasi sosio-ekonomi wilayah itu menjadi zon ekonomi berasaskan pengetahuan dan berpendapatan tinggi. Pusat Kompetensi ASEAN yang terletak dalam Zon Ekonomi Khas ECER, dijangka melengkapkan dan mempercepatkan perubahan yang giat kita usahakan bagi memastikan ECER bukan hanya bersedia bagi Industri 4.0 malah berperanan sebagai pintu masuk pilihan ke pasaran Asia Pasifik.

Penubuhan pusat tersebut dijangka mendorong langkah Malaysia merintis dan dapat mempamerkan kejayaan global Industri 4.0 bagi kecemerlangan kelayakan dan latihan kakitangan tempatan, pembangunan produk, pemindahan pengetahuan dan teknologi serta pembangunan kluster. Pusat Komptensi ASEAN itu juga berperanan sebagai platform suai padan untuk organisasi dan tempat untuk penuntut menganjurkan acara pemula niaga atau mendapatkan akses kepada pelabur budiman atau modal teroka.


Usaha penting itu dimeterai dengan penandatanganan dua Memorandum Persefahaman (MoU) strategik utama dengan Bayern International GmbH dan The Technical University of Munich (TUM). Kerjasama ini memanfaatkan kepakaran Jerman, akan turut membantu mentransformasikan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) daripada ekonomi dipacu input kepada ekonomi dipacu pengeluaran. TUM adalah universiti berkedudukan teratas Jerman berdasarkan Ranking Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS) yang telah menghasilkan 13 penerima Hadiah Nobel dan berada dalam kalangan institusi berasaskan teknologi berprestij lain seperti Massachusetts Institute of Technology dan California Institute of Technology.


ECERDC bersama-sama sebuah universiti tempatan dan TUM yang berpangkalan di Jerman akan mewujudkan Pusat Kompetensi ASEAN untuk menerajui usaha mempertingkatkan lagi kemahiran kumpulan bakat tempatan di samping mendorong aktiviti berasaskan pengetahuan dan inovasi dalam industri. TUM akan menyediakan program seminar dan kelayakan, pensijilan serta pengujian, kajian rintis dan pembangunan produk.




Nota : Penulisan ini adalah sebahagian daripada pembacaan. Sekiranya ia dirujuk, sebarang penambahbaikan, cadangan dan pandangan  bolehlah emel kepada mohdfairuz.mohdyusof@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / INDUSTRI 4.0 / IR 4.0 Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof Penolong Pengarah Pusat Bank Data Negara dan Inovasi ICU JPM PENGENALAN Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia. SEJARAH Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975), adalah satu fenomena yang diangga

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat : Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11)

Rancangan Malaysia Kesebelas Dan Revolusi Perindustrian Keempat  Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) merujuk kepada perkembangan pesat revolusi digital yang merentas ruang siber, fizikal dan biologi merangkumi spektrum sektor ekonomi yang luas dan semua lapisan masyarakat. Antara teknologi trend mega yang menyokong 4IR termasuk pengkomputeran tahap tinggi serta peningkatan robotik termaju, kecerdasan buatan, internet benda (IoT), blockchain dan pencetakan 3D. Konsep 4IR berasal daripada Industrie 4.0 di Jerman. Industrie 4.0 merujuk kepada sistem pengeluaran pintar dalam sektor pembuatan. Dalam konteks Malaysia, istilah Industri 4.0 merujuk kepada maksud yang sama dan merupakan sebahagian daripada rangka kerja 4IR yang lebih besar. Antara beberapa aplikasi teknologi 4IR yang boleh digunakan dalam pelbagai sektor dan subsektor adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah.  Kemajuan pesat dalam ekonomi digital dan penumpuan teknologi termasuk teknologi disruptif telah me

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat : Rangka Kerja Dasar Negara Malaysia

Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0, 2018-2025 Kemunculan teknologi baharu seperti IoT, analitis data raya dan robotik termaju, boleh mengganggu model perniagaan dan proses pengeluaran. Penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 akan dipergiat dengan pelancaran Dasar Negara Mengenai Industri 4.0, 2018-2025. Dasar tersebut menggariskan pelan tindakan dalam memangkin penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pembuatan. Dalam hal ini, penilaian pematuhan tahap kesediaan firma terpilih akan dilaksana untuk menentukan jenis intervensi dan tahap bantuan teknikal yang diperlukan. Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 berperanan sebagai panduan strategik bagi membolehkan peralihan sektor pembuatan dan mempercepat penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 sebagai tindak balas kepada Revolusi Perindu