Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan Pelaburan Berteknologi Tinggi Inisiatif Revolusi Industri 4.0 terus mendapat perhatian apabila kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memperkasakan teknologi termasuk dana-dana baharu bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan industri berteknologi tinggi. Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019 menyediakan Dana Transformasi Pendigitalan Industri sebanyak RM3 bilion bagi merancakkan industri dengan menerapkan teknologi pintar merangkumi penggunaan robot dan AI. Revolusi perindustrian keempat (Industri 4.0), Belanjawan 2019 dan Pelancaran Pelan Tindakan Industri 4.0 yang dikenali sebagai Industry4WRD menjangka melihat lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi dilaksanakan di Malaysia . Syarikat dalam sektor pembuatan perlu mengambil kesempatan daripada semakan semula mekanisme dan insentif cukai serta inisiatif untuk menggalakkan penerimaan pakai Industri 4.0. Syarikat-syarikat itu perlu me...
Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0, 2018-2025 Kemunculan teknologi baharu seperti IoT, analitis data raya dan robotik termaju, boleh mengganggu model perniagaan dan proses pengeluaran. Penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 akan dipergiat dengan pelancaran Dasar Negara Mengenai Industri 4.0, 2018-2025. Dasar tersebut menggariskan pelan tindakan dalam memangkin penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pembuatan. Dalam hal ini, penilaian pematuhan tahap kesediaan firma terpilih akan dilaksana untuk menentukan jenis intervensi dan tahap bantuan teknikal yang diperlukan. Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah Rangka Kerja Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 berperanan sebagai panduan strategik bagi membolehkan peralihan sektor pembuatan dan mempercepat penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 sebagai tindak balas kepada Revolusi Perindu...