Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat : Dana Kerajaan

Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) bakal menjana pertumbuhan ekonomi, sosial dan pembangunan ke arah pendigitalan yang holistic. Industri 4.0 yang membabitkan semua sektor tidak hanya meningkatkan produktiviti, malah bakal menjadikan kos lebih rendah dan hasil melonjak berlipat ganda. Inisiatif ini membabitkan pelbagai bidang termasuk automasi, robotik, pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) dan internet untuk segala-galanya (IoT), di samping mengambil peluang dalam kemajuan bidang komunikasi. Inisiatif ini diterajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menjadi pelan transformasi yang menyeluruh untuk semua sektor di Malaysia. Kerajaan menyediakan Dana Automasi bernilai RM1.5 bilion untuk dimanfaatkan bagi memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut terbabit dalam Industri 4.0. Dana ini adalah berkenaan usaha kerajaan untuk mentransformasikan PKS ke arah operasi digital dan menguntungkan. Agensi Kerajaan iaitu SME Corporation M...

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / IR 4.0 : PERSEDIAAN MALAYSIA UNTUK PEKERJAAN MASA DEPAN

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah melancarkan platform memprofil modal insan dan rangka kerja tindakan untuk pekerjaan masa depan. Dua inisiatif baharu sebagai respons kepada cabaran dan peluang daripada Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) terhadap struktur pekerjaan, lokasi dan tenaga kerja. Modal insan merupakan elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi dan perniagaan, daya saing, serta inovasi. Permintaan persekitaran global kini semakin berubah-ubah dan bagi memastikan kemakmuran berterusan di Malaysia memerlukan pendekatan baharu dalam memanfaatkan semua sumber tenaga kerja dan ke arah menjamin masa depan modal insan. Inisiatif pertama iaitu Nurturing Expert Talent (NEXT), merupakan platform analisis modal insan peringkat nasional yang mampu memperoleh dan menganalisis data berkaitan kualiti dan keupayaan tenaga kerja Malaysia bagi memenuhi permintaan pasaran yang pesat berkembang. NEXT berperanan sebagai penghubung utama antara pendidikan, majikan, dan...