Skip to main content

Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP)

Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof
Penolong Pengarah
Pusat Bank Data Negara dan Inovasi
ICU JPM

Volunteer Smartphone Patrol (VSP) adalah Projek Perluasan Program Rakan Cop bertujuan merancakkan lagi aktiviti pengawasan jenayah di kalangan masyarakat. Objektif VSP untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai masyarakat bersama PDRM, khususnya menyalurkan maklumat yang boleh kekang jenayah. Pengguna boleh memanfaatkan VSP untuk menghantar maklumat, termasuk dalam bentuk video dan gambar. Menerusi perkongsian itu juga, ia sangat membantu kita dalam mengumpul maklumat ketika di tempat kejadian.
VSP adalah Projek Perluasan Program Rakan Cop bertujuan merancakkan lagi aktiviti pengawasan jenayah di kalangan masyarakat. Dalam soal menjaga keselamatan, tidak boleh terletak di bahu PDRM sahaja tetapi melibatkan seluruh masyarakat. Peranan masyarakat boleh membuatkan penjenayah takut untuk membuat sesuatu aktiviti jenayah.
Semenjak dilancarkan Mac 2017, tanya 778,000 pengguna seluruh negara mengakses aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pelbagai usaha dijalankan oleh PDRM bagi menggalakkan rakyat untuk memuat turun aplikasi itu dalam usaha membantu polis mengekang jenayah.
Aplikasi ini boleh dimuat turun daripada iTunes dan Google Play.

Comments

Popular posts from this blog

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / INDUSTRI 4.0 / IR 4.0 Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof Penolong Pengarah Pusat Bank Data Negara dan Inovasi ICU JPM PENGENALAN Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia. SEJARAH Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975), adalah satu fenomena yan...

What is "FUTURES THINKING AND SCENARIO PLANNING"

Apa yang dimaksudkan dengan "Futures Thinking And Scenario Planning (FTSP)" "An interdisciplinary field of knowledge for studying the futures and generate a number of plausible scenario for us to decide on future course of action. Others use term Fore sighting, Strategic Foresight, Futurology " Kepentingan Futures Thinking And Scenario Planning (FTSP) Helps us to systematically identify & analyse multiple plausible futures (in the form of scenarios) Will help us to decide now at the present What should we do to prepare for a number of multiple plausible futures “Futures Thinking and Scenario Planning (FTSP) is the study and understanding of how future works” Dr. Verna Wheelwright, Author of ‘ It’s your future : make it a good one ’ “ FTSP provides methods to reassess and challenge our thought process and practices in order to response to the new insights” Dr. Rachel Armstrong (Applied Scientist, Innovator) “In FTSP, ask yourself, what is yo...

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution dan Pelaburan Berteknologi Tinggi

Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan Pelaburan Berteknologi Tinggi Inisiatif Revolusi Industri 4.0 terus mendapat perhatian apabila kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memperkasakan teknologi termasuk dana-dana baharu bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan industri berteknologi tinggi. Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019 menyediakan Dana Transformasi Pendigitalan Industri sebanyak RM3 bilion bagi merancakkan industri dengan menerapkan teknologi pintar merangkumi penggunaan robot dan AI. Revolusi perindustrian keempat (Industri 4.0),  Belanjawan 2019 dan Pelancaran Pelan Tindakan Industri 4.0 yang dikenali sebagai  Industry4WRD menjangka melihat lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi dilaksanakan di Malaysia . Syarikat dalam sektor pembuatan perlu mengambil kesempatan daripada semakan semula mekanisme dan insentif cukai serta inisiatif untuk menggalakkan penerimaan pakai Industri 4.0. Syarikat-syarikat itu perlu me...