Skip to main content

BLUE OCEAN CIVIL SERVICE IDEACONNECT – SERLAHKAN IDEA KREATIF ANDA

BLUE OCEAN CIVIL SERVICE IDEACONNECT
SERLAHKAN IDEA KREATIF ANDA DI www.bocs.gov.my



Pelaksanaan inisiatif Blue Ocean Civil Service, satu lagi inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS). Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kreativiti perkhidmatan awam dengan menggalakkan dan memberikan pengiktirafan kepada penjawat awam yang menggunakan alat dan metodologi Strategi Lautan Biru (BOS) dengan konsisten dalam kerja-kerja harian mereka. Salah satu program di bawah inisiatif ini adalah penyediaan satu platform Blue Ocean Civil Service IdeaConnect yang merupakan medium kepada semua penjawat awam terutamanya yang telah menghadiri Blue Ocean Strategy Online Training (BOS Online) untuk berkongsi idea-idea Strategi Lautan Biru yang berimpak tinggi serta mengoptimumkan kos atau sumber dan boleh dilaksanakan dengan pantas.

Peserta BOS Online adalah dijemput melayari Blue Ocean Civil Service IdeaConnect di www.bocs.gov.my dan menyumbang sekurang-kurangnya satu (1) idea yang kreatif dan inovatif berlandaskan konsep National Blue Ocean Strategy (NBOS). Idea-idea yang menarik serta bercirikan prinsip NBOS iaitu berimpak tinggi, kos yang rendah, pelaksanaan pantas dan mampan berpeluang memenangi Anugerah Blue Ocean Civil Service 2017 yang bakal disampaikan pada Disember 2017. Video Blue Ocean Civil Service IdeaConnect adalah sebgaimana berikut:
·       Video Pengenalan Blue Ocean Civil Service: http://youtu.be/-UVoHXcO-uQ
·       Video Cara-cara Penggunaan BOCS IdeaConnect: http://youtu.be/6TWzkaxYpQw


Langkah yang perlu dijalankan :
- Penerimaan e-mel daripada Blue Ocean Civil Service ideaconnect@bocs.gov.my bermaksud alamat e-mel Tuan/Puan telahpun berdaftar di dalam BOCS IdeaConnect.
- Sekiranya terlupa kata laluan atau belum pernah mengaktifkan akaun IdeaConnect, sila klik pautan ini untuk menetapkan semula kata laluan: https://www.bocs.gov.my/users/forgot_password.
- Sekiranya memerlukan sebarang bantuan atau maklumat lanjut berhubung perkara ini, hubungi di bocs@jpa.gov.my.

Tarikh akhir penghantaran idea bagi melayakkan merebut peluang memenangi Anugerah Blue Ocean Civil Service 2017 adalah pada 24 November 2017.

Jom serlahkan potensi idea kreatif serta inovatif Tuan/Puan dalam IdeaConnect!


Comments

Popular posts from this blog

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / INDUSTRI 4.0 / IR 4.0 Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof Penolong Pengarah Pusat Bank Data Negara dan Inovasi ICU JPM PENGENALAN Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia. SEJARAH Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975), adalah satu fenomena yan...

What is "FUTURES THINKING AND SCENARIO PLANNING"

Apa yang dimaksudkan dengan "Futures Thinking And Scenario Planning (FTSP)" "An interdisciplinary field of knowledge for studying the futures and generate a number of plausible scenario for us to decide on future course of action. Others use term Fore sighting, Strategic Foresight, Futurology " Kepentingan Futures Thinking And Scenario Planning (FTSP) Helps us to systematically identify & analyse multiple plausible futures (in the form of scenarios) Will help us to decide now at the present What should we do to prepare for a number of multiple plausible futures “Futures Thinking and Scenario Planning (FTSP) is the study and understanding of how future works” Dr. Verna Wheelwright, Author of ‘ It’s your future : make it a good one ’ “ FTSP provides methods to reassess and challenge our thought process and practices in order to response to the new insights” Dr. Rachel Armstrong (Applied Scientist, Innovator) “In FTSP, ask yourself, what is yo...

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution dan Pelaburan Berteknologi Tinggi

Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan Pelaburan Berteknologi Tinggi Inisiatif Revolusi Industri 4.0 terus mendapat perhatian apabila kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memperkasakan teknologi termasuk dana-dana baharu bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan industri berteknologi tinggi. Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019 menyediakan Dana Transformasi Pendigitalan Industri sebanyak RM3 bilion bagi merancakkan industri dengan menerapkan teknologi pintar merangkumi penggunaan robot dan AI. Revolusi perindustrian keempat (Industri 4.0),  Belanjawan 2019 dan Pelancaran Pelan Tindakan Industri 4.0 yang dikenali sebagai  Industry4WRD menjangka melihat lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi dilaksanakan di Malaysia . Syarikat dalam sektor pembuatan perlu mengambil kesempatan daripada semakan semula mekanisme dan insentif cukai serta inisiatif untuk menggalakkan penerimaan pakai Industri 4.0. Syarikat-syarikat itu perlu me...