REVOLUSI PERINDUSTRI 4.0 (IR 4.0) DAN PERANAN WANITA MALAYSIA Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof Penolong Pengarah Pusat Bank Data Negara dan Inovasi ICU JPM Wanita memainkan peranan yang penting apabila negara mendepani Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Peranan wanita dapat dilihat secara menyeluruh dalam proses membuat keputusan samada dalam sektor awam mahu pun swasta. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa memaklumkan bahawa Malaysia sudah melepasi sasaran kuota 30 peratus untuk meletakkan golongan wanita dalam kumpulan pengurusan tertinggi apabila 1,419 pegawai wanita atau 35.6 peratus golongan itu kini berada dalam peringkat pembuat dasar di dalam sektor awam. Ini membuktikan komitmen Kerajaan dalam memartabatkan wanita sebagai pembuat dasar sebagaimana yang diinginkan selama ini. Dalam era globalisasi IR 4.0 peranan wanita semakin penting dan semakin meluas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018, telah mengumumkan bah...
Technology | Information | Transformation | Innovation | Digital Government | Online Services |